As-salam.
Dalam seminggu lepas apabila EM Nursery ada memaklumkan yang ada stok bunga bakawali magenta, maka Mak Aji terus tempah 2 pokok dengan harga RM15 sepokok. Mak Aji pun tidak sempat tanya atau minta ditunjukkan bagaimana rupa bunganya yang magenta itu! Mak Aji sekadar berangan-angan sahajalah! Adakah seperti foto di bawah ini?? Rasa-rasanya ya!:
 |
| Sumber foto: http://www.theamateursdigest.com/epis.htm |
Jika anda buka laman yang terdapat pada kapsyen foto ini terdapat banyak maklumat tentang bakawali ini, cukup bermanfaat sekali untuk peminat bunga ini!
Mak Aji ingin kongsikan bunga bakawali yang ada di laman dan pernah kembang tidak lama dahulu:
 |
| Yang ini putih warnanya. |
Masya-Allah cantik, kan! Tidak sabar rasanya menanti bakawali magentaku pula berbunga!!!
Berikut pokok bakawali magenta yang baru dipindahkan ke pasu - stok pasu sudah habis, kena beli pasu lagilah ni!:
 |
| Dua pokok bakawali magenta. |
 |
| Ada warna merah-merah di hujung daun tu - itulah bezanya dengan daun bakawali biasa! |
Semoga kedua-dua pokok hidup subur di lamanku dan bakal menghasilkan bunga yang indah berseri, insya-Allah!