As-salam.
Sepanjang Mak Aji tidak bersiaran pokok mulberi banyak menghadiahi Mak Aji buahnya. Ada yang sehingga lebih 200gm sekali tuai! Cukup teruja Mak Aji. Kebetulan pula Mak Aji mahu membuat kek cawan. Kakak sulung Mak Aji ada di rumah ketika itu dan dia mencadangkan Mak Aji masukkan sekali buah mulberi segar ke dalam kek cawan - tentu sedap, katanya! Maka Mak Aji pun menghasilkan kek cawan mulberi berikut:
![]() |
| Kek cawan mulberi yang alhamdulillah cukup sedap sekali! |
Mak Aji bukan sahaja meletak buah sebagai fillingnya, malah sebagai toppingnya juga! Resepi yang digunakan hanyalah resepi kek cawan biasa sahaja, cuma ditambah sahaja mulberinya. Rasa masam manisnya cukup sedap sekali! Cubalah ya!
Kalau mahukan resepinya, sila baca di bawah:
250gm mentega
250gm tepung
200gm gula kaster
5 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Cara-caranya:
Pukul mentega dengan gula hingga gebu. Masukkan telur sebiji-biji diselang-seli dengan tepung sehingga habis. Tuangkan esen vanila. Masukkan buah mulberi dan kaup balikkan. Sudukan sedikit adunan ke dalam cawan kertas dan masukkan sedikit buah mulberi. Tambah adunan lagi hingga 3/4 cawan. Letakkan lagi buah mulberi sebagai toppingnya.
Bakar dengan suhu 170 darjah selama 20 minit (bergantung pada ketuhar anda).
Selamat mencuba!

