As-salam.
Terdapat tiga pokok betik di belakang rumah. Satu sudah ditebang kerana tidak lagi menghasilkan buah dan untuk membina para bagi pokok kacang botor yang sudah mahu memanjat. Sementara Pak Aji menyediakan para yang elok sedikit, saksikan para sementara buatan Mak Aji - memanfaatkan batang paip PVC sedia ada:
 |
| Rumah sementara pokok kacang botor! Bertemankan pokok pandan yang agak kurang subur. |
 |
| Pokok betik yang berbelas kaki tinggi - masih berbuah tetapi semakin kecil dan susah dikait. |
 |
| Pokok cili galak berbuah - berapa banyak cili api dahhhh! |
 |
| Pokok pagar sebelum pagar belakang rumah. |
 |
| Serai wangi di sebelah beranda belakang rumah. |
 |
| Bahagian pangkalnya berwarna merah, berbeza daripada serai biasa. |