About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label pecah beling. Show all posts
Showing posts with label pecah beling. Show all posts

Sunday, 19 October 2014

Setia Menanti

As-salam.

Mak Aji kadang-kadang diminta anak pokok daripada saudara-mara, kawan-kawan, juga mereka yang Mak Aji belum pernah kenali - mereka membuat carian di Google dan terjumpa blog ini lantas menghubungi. Untuk mengepos dan sebagainya Mak Aji kurang pandai menguruskannya. Kalau datang ke rumah, insya-Allah bolehlah. Antara pokok yang sering diminta, dukung anak, hempedu bumi, pecah beling dan juga anggur. Berikut dua pokok yang sudah Mak Aji semai dan pindahkan ke polibeg masing-masing dan menanti untuk diambil tuannya:

Pecah beling.
Masih ada lagi beberapa anak pokok pecah beling yang belum diasingkan ke polibegnya sendiri, juga atas permintaan (tidak keluar ke laman dek seramkan sang ular!)


Anak pokok anggur hijau seperti yang ada di laman.



Tuesday, 19 August 2014

Sama-sama Beroleh Manfaat

As-salam.

Alhamdulillah sejak Mak Aji mula berblogging sejurus sebelum Mak Aji bersara, Mak Aji beroleh banyak manfaat. Antara lainnya Mak Aji dapat berkongsi maklumat sesama rakan berkebun, juga berkongsi tanaman - bertukar-tukar tanaman. Ada juga pembaca blog ini yang menghubungi Mak Aji melalui e-mel dan seterusnya datang ke laman Mak Aji untuk mendapatkan benih pokok terutama yang akan dijadikan ubat - dukung anak, hempedu bumi, kunyit hitam.

Sekitar sebulan dua yang lalu seorang bekas anak buah Mak Aji di ofis dahulu telah didiagnos menghidap kanser payudara. Pembedahan untuk membuang kedua-dua belah payudara sudah dijalankan dan sekarang dia sedang melalui rawatan kimoterapi. Setelah selesai rawatan dia memaklumkan kepada Mak Aji yang dia akan mencuba rawatan tradisional herba pula. Dia bertanyakan pokok pecah beling dan Mak Aji memaklumkan yang Mak Aji ada pokoknya. Mak Aji pun terus menyemai keratan untuknya nanti.

Keratan pokok pecah beling untuk dikongsikan nanti.
Beberapa hari lepas ada pula yang menghantar e-mel dan bertanyakan tentang pokok hempedu bumi dan setelah berhubung melalui telefon, sepasang suami isteri telah datang pada hari minggu lepas untuk mengambil sepokok hempedu bumi untuk dijadikan ubat darah tinggi. 

Hempedu bumi.

Mak Aji berasa seronok kerana dapat membantu memberikan pokok herba yang dihajatkan. Berkat usaha berubat serta izin Allah SWT kita doakan agar yang sakit akan sembuh, amin!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...