As-salam.
Pada 23 Jun 2014 Mak Aji serta Pak Aji dan 3 anak kami (yang masih bujang) berlepas ke Jeddah untuk mengerjakan umrah. Mak Aji serta dua anak kembali pada awal pagi semalam manakala Pak Aji ke Yaman untuk menghantar Asyraf, anak kami yang bongsu untuk meneruskan pengajian di sana.
Seperti juga tukang kebun lain yang meninggalkan rumah selama beberapa hari, Mak Aji juga agak risau kalau-kalau ada pkok yang terkorban dalam cuaca yang agak panas sekarang. Apapun sebagai langkah berjaga-jaga Mak Aji meminta bantuan Hamzah dan isterinya supaya datang ke rumah untuk memberi 'minum' pokok dua kali sehari. Walaupun begitu Mak Aji perasan yang pokok kacang botor kering garing - sudah matilah agaknya - mati kehausan agaknya! Yang lain-lain alhamdulillah selamat sejahtera. Pendek cerita mari kita lihat situyasi dan kondisi mereka sepanjang peninggalan Mak Aji:
 |
| Bunga raya kuning menyambutku pulang! |
 |
| Sudah bergugus bunga kemboja kuningku! |
 |
| Bunga raya merah jambu juga kembang berseri. |
 |
| Bunga raya merah jambu bersaiz mini juga menyeri laman! |
 |
| Akar dani yang tidak putus-putus bunganya. |
 |
| Kutinggalkan putik, sekarang ada yang sudah hampir masak! |
 |
| Keratan batang bunga raya (yang dibawa balik dari Pahang tempoh hari) sudah bertunas, alhamdulillah! |
 |
| Terung bulat buah sulung! |
 |
| Buah mahkota dewa merah di pokok dan juga bertabur di pangkal pokok. |
 |
| Pegaga yang disemai sebelum pergi, sudah elok suburnya. |
 |
| Daun kesum semakin ditinggalkan semakin subur - bagai menawarkan diri untuk dinasikerabukan! |
Dan, (lastly but not least), segugus anggur yang dinanti-nanti masaknya, ini yang kudapati:
 |
| Sebahagian buah sudah busuk di tangkai! Hanya sebiji dua rezeki tuannya! |
Alhamdulillah semuanya selamat kecuali kacang botor dan buah anggur. Anggur bakal dirasa semasa berbuka nanti walau hanya sebiji dua! Sekadar itu sahajalah rezeki Mak Aji.