About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label pokok akar dani. Show all posts
Showing posts with label pokok akar dani. Show all posts

Monday, 15 December 2014

Cascading Beauty

As-salam.

Teruja Mak Aji melihatkan pokok akar dani berbunga lebat. Wangian harumnya juga sudah mula dinikmati setiap kali melintas berhampirannya!:



Cantik serta wangi di laman!



Thursday, 23 October 2014

Trellis Tumbang Akibat Ribut

As-salam.

Sekarang hujan turun setiap hari dan alhamdulillah kerja menyiram cukup ringan! Walaupun begitu hujan juga kadangkala membawa sekali ribut. Dua hari lepas ribut mengakibatkan kemusnahan beberapa buah rumah di Kelang. Mak Aji juga terkesan dek ribut tersebut. Trellis yang menempatkan pokok akar dani serta kesidang tumbang menyembah bumi. Sebuah pokok di luar pagar hadapan juga tumbang dibongkar angin kuat!

Trellis tumbang. Khemah pun tersangat uzur, rabak dek hujan panas!
Sedih Mak Aji tengokkan trellis yang terbongkang!
Setelah operasi mencantas hingga togel kedua-dua pokok, trellis dinaikkan semula ke tempat atas - top-heavy yang menyebabkan tumbang trellis ni.
Khemah berganti baru yang saiznya lebih kecil dan warna yang lebih ceria! - warna bendera Kedah!

Esok insya-Allah akan bersambung lagi operasi membersihkan laman agar tiada lagi kesan ribut dua hari lepas. 




Tuesday, 2 September 2014

Yang Terus Menyeri dan Mengharum Laman

As-salam.

Kali akhir Mak Aji merakam foto pokok akar dani, pokoknya penuh dengan daun sahaja sebab baru dibuat pangkasan agar keluar bunganya lagi. Sekarang bunganya tengah marak dan harumannya cukup membuat tukang kebun tersenyum sendiri:



Tempat akar dani berumah!



Friday, 11 October 2013

Galaknya si Akar Dani

As-salam.

Pokok akar dani juga tengah galak berbunga setelah dilakukan hard-pruning (meminjam kata-kata Diana dari blog KBB). Itulah untungnya berkawan dengan orang yang punya ilmu bertanam! Cukup ceria warnanya cuma baunya yang harum, tetapi sedikit menyengat (toiing!).

Akar dani sedang galak berbunga.



Saturday, 16 February 2013

Pokok Anggur Memanjat Dulu

As-salam.

Dalam pada mengharap akar dani memanjat pergola, rupa-rupanya pokok anggur yang memanjat dahulu. Serba salahlah pula, takkan akar dani pun hendak memanjat di tempat yang sama? Hai, masalah juga ni. Lihatkan:

Pokok anggur.
Memanjat sudah sampai ke atas! Berbuahnya entah bila??
Pokok akar dani masih terkial-kial di bawah, belum memanjat pun.




Wednesday, 16 January 2013

Memang Sah Akar Dani!

As-salam.

Selepas peristiwa tersalah identiti tempoh hari, Mak Aji terpaksa memastikan pokok yang dibeli memang benar-benar akar dani berdasarkan gugusan bunga yang hampir kembang. Pagi ini sudah keluar beberapa kuntum bunganya. Jadi alhamdulillah memang sahlah akar dani! Tipah asyik tertipu aje! Jangan sampai tertipu lagi!

Bunga yang belum kembang tempoh hari.
Sudah kembang!
Bukan sahaja kembang, sudah wangi!! Yess!!

Sehari dua ini pokok ini akan dipindahkan ke tanah. Akan dibiarkan yang ini pula memanjat pergola - memang dibuat pergola gara-gara pokok inilah!




Wednesday, 16 May 2012

Pokok Akar Dani Menunggu Pergolanya

Dua hari lepas Mak Aji minta Pak Aji memindahkan pokok akar dani yang di dalam pasu agar ditanam ke tanah - sebenarnya ini termasuk dalam usaha awal mendapatkan pergola!! Mak Aji sebut bahawa Mak Aji kasihankan pokok itu yang agak tinggi, yang sentiasa tumbang  setiap kali angin bertiup agak kuat. Tempatnya pula di tempat yang Mak Aji rancang kedudukan pergolanya. 

Pada petang ini Mak Aji usik Pak Aji, "Pokok akar dani tanya saya bila nak dibina rumahnya (pergola). Pak Aji senyum dengan berkata, "Eh, dia pun ada tanya saya." Mak Aji menjawab, "Yalah, ditanya saya tu, sebab awak buat derk aje kat dia!!" Pak Aji terus gelak!! Nampak gaya macam jarum sudah masuk, he he!!

Ini dia pokok akar dani (yang bertanya tu!) yang nampak segar dengan daun yang baru tumbuh semula setelah dipindah ke tanah:

Pokok akar dani.
Kalau berbungalah pokok ini, beginilah rupanya yang mempunyai dua tona warna, putih dan merah, dengan bau yang cukup harum!!

Ini bunga akar dani.
Ini dari dekat.
Mak Aji kalau dapat pergola yang 'bodoh-bodoh' sahaja pun sudah cukuplah, tidak perlu yang canggih manggih pun!! Ini kerana pokok ini perlukan tempat memanjat yang sesuai. Tak apa, usaha memujuk terus berjalan.


Sumber foto bunga http://maorisaid.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...