About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label bayam. Show all posts
Showing posts with label bayam. Show all posts

Friday, 26 April 2013

Bayam Mengancam

As-salam.

Sejak sehari dua ini yang hujan turun hingga ada kalanya banjir, pokok bayam jiran sebelah sudah semakin subur hingga melepasi ketinggian pagar. Adalah setinggi 6/7 kaki kut. Kelihatannya semacam mengancam kami di sebelah sini (sudahlah tanah jiran itu agak lebih tinggi daripada kawasan kami). Semacam mahu menerkam ke mari lagaknya!

Tinggi bayam melepasi pagar chain-link yang sudsah agak uzur.

Wednesday, 20 June 2012

Bayam Gergasi

Seperti yang pernah Mak Aji sebut tidak lama dahulu, kami tidak perlu beli bayam, pun tidak perlu menamamnya sebab benih bayam dari tanah orang sebelah sering masuk (terbang benihnya kut) dan tumbuh di kawasan kami. Jadi kami main petik sahaja. Pokok bayam gergasi kami  boleh setinggi tiga empat kaki!! Ini foto bayam yang dipotong Pak Aji untuk dimasak:



Ini pula sayur pedas bayam gergasi bertemankan ikan tilapia bakar:

Bayam gergasi - lihat perbandingan saiz dengan botol sos cili Thai!

Ini pula sup sayur bayam gergasi, cukup manis bila ditambah udang serta air rebusan kulit udang sekali:

Sup bayam dengan udang.




Sunday, 5 February 2012

Ulam dan Sayur 'Segar dari Ladang'

Pagi semalam Pak Aji petik bayam hijau segar yang tumbuh di laman - kami tidak tanam pun, benih dari tanah orang sebelah masuk ke kawasan kami dan tumbuh. Dapatlah kami makan percuma! Berikut gambarnya: 

sayur bayam hijau
Anak-anak ada di rumah dan anak buah suami serta isteri juga ada, jadi kami makanlah beramai-ramai - sayur pedas bayam (letak ikan tumbuk, lada hitam dan bawang). Ikan tuka (pari kecil) dibakar dan dicicah kuah cuka (cuka, garam, belacan, bawang merah dimayang dan cili api). Juga ada ikan terubuk bakar masin serta ikan goreng. Lauk memang simpe sahaja tetapi masing-masing makan berselera!!

Pada pagi ini Mak Aji berkebun, membuang rumpai, mengalih pokok-pokok bunga yang baru dibeli ke dalam pasu serta membersih laman. Pak Aji pula membantu dan dipetiknya juga pucuk ubi orang sebelah yang sudah menceroboh masuk ke laman kami. Maka dapatlah pula kami makan pucuk ubi (nanti dibuat ulam cicah budu pula!). 

pucuk ubi
Semasa balik kampung tempoh hari, Mak Aji beli budu raja - yang sudah siap diletak asam limau nipis dan cili api - cuma Mak Aji suka pedas, jadi kena tambah lagi cili api.

Lauk hari ini juga simple, ikan kembung dimasak singgang, ayam goreng berempah dan ulam pucuk ubi cicah budu. Insya-Allah terangkat!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...