About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label kacang botor. Show all posts
Showing posts with label kacang botor. Show all posts

Wednesday, 24 July 2013

Akhirnya Berbunga Lagi

As-salam.

Setelah menunggu sekian lama, alhamdulillah akhirnya pokok kacang botor berbunga lagi (semasa menunggu untuk berbunga pertama kali, pun sakan juga menunggu!) Agaknya apabila tuannya sudah hampir-hampir berputus harap, maka barulah dia mahu mengubat hati ini! Maka berbungalah semula hati ini!

Puas berumah di pergola, merayap pula dia ke pagar bersebelahan!
Belum kulihat bunga kacang botor secantik ini! (punyalah seronok tuannya!)

Monday, 17 June 2013

Ada Benih di Balik Daun

As-salam.

Pokok kacang botor di belakang rumah sudah berhenti berbuah. Daunnya cukup merimbun dan menghijau namun sebiji kacang botor pun tidak kelihatan! Nasib baik Mak Aji tidak mengidam untuk makan kacang botor tanam sendiri! 

Apabila Diana dari Kebun Bahagia Bersama sekeluarga berkunjung ke rumah dua hari lepas, Mak Aji mengambil peluang bertanyakan hal itu kepadanya. Nasihatnya - cuba lihat kalau-kalau ada buah kacang botor yang tua tersekit-selit di celah daun, itu boleh menyebabkan pokoknya tidak mahu berbuah!! Kisahnya! 

Semalam Pak Aji sibuk membelek di bawah para kacang botor dan ini yang diperolehnya:

Ini dia benih kacang botor yang tersorok di balik daun!
Semoga dengan ketiadaan kacang botor tua ini pokok kacang botor akan rajin berbuah selepas ini, insya-Allah!! Thanks Diana, you're a life-saver!


Wednesday, 3 April 2013

Ini Sudah Lebeh!

As-salam.

Beberapa hari lepas kata Pak Aji pokok kacang botor sudah mahu menakluki compressor pendingin hawa di bilik anak bujang Mak Aji. Mak Aji jenguk dan melihat ini:

Wah, bukan main dia ya, diberi betis, nakkan paha pula!



Thursday, 28 February 2013

Ulaman Siap Petik

As-salam.

Pak Aji lebih gemar makan sayur dalam bentuk mentah berbanding yang dimasak, jadi dia lebih selesa makan ulam. Jadi, kalau tiada sayur atau ulam yang (tiada di rumah) dibeli,maka kami petik sahaja apa-apa yang ada di laman rumah. Antaranya:

Kacang botor sudah galak berbuah, alhamdulillah, berkat doa rakan-rakan blogger!!
Daunnya juga banyak boleh tahan.
Pegaga air.
Sambung nyawa
Daun pudina.
Pokok serai kayu.
Daun kesum.
Daun salam.
'Pucuk' bunga gincu.
Cantik, kan!
Pokok herba (tidak tahu namanya).
Ini pucuknya - rasa sedikit masam dan pahit serta lemak.

Untuk pengetahuan, Mak Aji suka untuk menyebut tentang pucuk sambung nyawa - jika anda petik pucuknya untuk makan tengah hari dan menjelang makan malam masih ada baki di bawah saji, percaya atau tidak, pucuk itu masih segar, tidak layu, masih seperti baru dipetik!! Mungkin sebab itulah namanya begitu! Kalaulah begitu, agaknya khasiatnya untuk awet muda?? Kekal segar ya!!




Saturday, 9 February 2013

Kacang Botor : Satu (eh Dua) Sahaja!

As-salam.

Tunggu punya tunggu, bila berbunga sahaja pokoknya, hati Mak Aji turut berbunga (dok terbayang kacang botor sampai tidak terhabis untuk dimakan - seperti sebelumnya). Malangnya ini sahaja hasilnya:

Buah sulung yang sedikit rosak, tidak sihat, tidak rangup.

Setelah puas membelek, kelihatanlah sebiji lagi:

Pun cacat, lihat lubang kesan ditebuk itu!

Yang di sekitar kacang botor pula ok:


Daun pandan yang jarang digunakan. Ditanam di pangkal pokok kacang botor.
Kunyit hitam subur di belakang rumah.

Kecewa juga melihatkan prestasi (hai, teringat prestasi kerja ke, he he!! Masa kerja ini yang paling menyampah) kacang botor ni. Baja tahi ayam sudah dibubuh, begitu juga baja buah. Entah apalah serangga atau ulat yang berkunjung??  Puas mengintai tidak juga kelihatan! Nanti kau!!



Wednesday, 16 January 2013

Kacang Botor Sudah Berbunga

As-salam.

Sekembali kami dari kampung tempoh hari, Mak Aji dapati pokok kacang botor sudah mula berbunga! Tidak lama lagi berbuahlah dia dan kenduri kacang botorlah nanti, insya-Allah!

Bunga kacang botor.
Pun ada ulat bulu yang menumpang!
Dari bawah para.



Monday, 26 November 2012

Projek Para Kacang Botor

As-salam.

Seperti beberapa entri sebelum ini, Mak Aji sebut yang Pak Aji akan membina para untuk pokok kacang botor. Semalam di bawanya beberapa batang kayu ke belakang yang (pada hemat Mak Aji) agak besar untuk itu. Katanya, lebih besar lebih tahan lama dek hujan dan panas. Apa-apalah, asalkan buat dan lebih baik daripada yang Mak Aji buat. Inilah rupanya:

Para kacang botor.
Para daripada kayu terpakai hasil kerja tangan kaki DIY di rumah.

Pak Aji ada menyebut niatnya unuk menanam petola juga  di para ini - dia memang suka petola celur sebagai ulam untuk dicicah budu. Mak Aji lebih suka timun batang. Apapun kita lihatlah nanti apa yang bakal ditanam.



Tuesday, 23 October 2012

Pokok Kacang Botor Berdaun Panjang

As-salam.

Semasa Mak Aji berada di Kemaman tempoh hari, sempat pula kami meninjau laman rumah kawan Pak Aji yang luas. Di sudut belakang kelihatan para dan terdapat pokok memanjat. Dari dekat barulah kami perasan, rupa-rupanya pokok kacang botor. Agak pelik juga kami sebab daunnya panjang-panjang macam daun kangkung! Lihatlah: 

Kacang botornya sama sahaja tetapi daunnya macam daun kangkung!

Agaknya sepupu sepapat kacang botor biasalah tu. Kami ambil buahnya yang tua untuk dibawa balik dan dibuat benih.

Bunga keladi yang juga terdapat di laman rumah.
Bunga daripada pokok keladi berdaun hijau merah.
Ini pula pokok hiasan yang terdapat di warung yang menjual satar di tepi jalan.
Pokok ini biasa dijual oleh orang asli di tepi jalan di kawasan pedalaman.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...