As-salam.
Mak Aji agak kurang biasa menggunakan daun kaduk dalam masakan. Satu-satunya masakan yang Mak Aji menggunakannya - masak lemak kuning siput sedut. Mak Aji juga pernah makan (belum pernah buat sendiri) miang kham yang menggunakan daun kaduk seumpama daun sirih - diletak pelbagai bahan di atas daunnya lalu daun itu dilipat dan dimakan seperti biasanya kita makan sirih.
Beberapa tahun lepas ketika balik kampung Mak Aji ada mengambil anak pokok (orang sebut pokok ke??) kaduk dan sekarang bukan main merimbun subur lagi di laman:
![]() |
| Kaduk yang subur menghijau, cuma tuannya sahaja yang kurang tahu menggayakannya! |
![]() |
| Sampai menyusur longkang kamu ya! |
Harap bolehlah Mak Aji dapatkan idea daripada rakan-rakan sekalian tentang daun kaduk ini - apa lagi masakan yang boleh menggunakannya?? Sayanglah pulak daun kaduk elok subur begitu sahaja tanpa dimanfaatkan!


