As-salam.
Alhamdulillah dengan hujan yang turun membasahi bumi sehari dua ini langit cerah dengan hanya segelintir sahaja jerebu. Bolehlah kita menarik nafas lega! Tukang kebun pun bolehlah berehat daripada tugas menyiram pokok! Cukup sekadar memerhati betapa bersyukurnya tanaman dan haiwan juga sekitar laman juga atas curahan air anugerah Illahi!
Cuaca kering sejak sebulan dua ini sedikit sebanyak menjejaskan hasil tuaian. Buah mulberi kurang banyak buahnya dan saiznya juga kecil-kecil berbanding biasa. Stok mulberi di dalam peti ais cuma sedikit sahaja. Yang di pokok masih belum cukup masak untuk dibuat tambahan stok. Lama lagilah nampaknya boleh merasa sirap mulberi! - rindulah nak minum sirap mulberi!
Apapun berikut alhamdulillah hasil tuaian pagi ini, walaupun sedikit cuma!:
 |
| Dua biji buah kemunting, sedikit cili ungu, sedikit cili putih (yang masaknya oren) serta cili burung. Alhamdulillah! |
Di sebelah petang pula Pak Aji memetik 4 biji betik berikut:
Alhamdulillah lengkaplah tuaian hari ini!