About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label bunga. Show all posts
Showing posts with label bunga. Show all posts

Wednesday, 24 October 2012

Bunga Cameron Highlands

As-salam.

Semasa di Cameron Highlands, cuaca asyik hujan sahaja, maka tiadalah sangat peluang untuk merakam foto bunga yang dihajatkan pada awal-awal sampai ke sana. Sekadar ada sahaja. Jom layan:








Foto-foto di atas diambil di luar kawasan Pejabat MARDI di Tanah Rata. Ada taman agro di bahagian dalamnya tetapi malangnya ditutup pada hari Isnin, maka tiadalah kami berpeluang masuk.

Berikut pula foto bunga dan kebun teh di Cameron Valley Tea House:




Kebun teh saujana mata memandang!

Hajat hati ingin ke Rose Garden, tempat kaktus dan lain-lain lagi tetapi cuaca tidak mengizinkan, jadi kami bertolak balik sahaja ke KL. Sekadar itu sahaja foto yang tidak seberapa.



Wednesday, 6 June 2012

Bunga Lagi

Mak Aji hendak kongsi lagi beberapa jenis bunga cantik yang ditemui semasa kursus:

Buah beri cantik sebagai pelengkap gubahan bunga, seperti juga baby's breath
Bunga eustoma (teringat beg stoma!) yang pernah Mak Aji nampak dalam blog Aiken House and Gardens.
Bahagian tengahnya keras, licin dan berkilat!
Besar dan cantik betul bunga lili ini!
Bunga daisy yang cantik.
Warna gerbera/african daisy begitu manis sekali!

Catatan: Seronok berada di celah bunga-bungaan, menikmati ciptaan Allah yang Maha Pencipta!!


Saturday, 18 February 2012

Bunga Cantik

Mak Aji ke Tanjung Malim pagi tadi atas urusan menghantar adik ipar melanjutkan pelajaran secara PJJ - dia mengajar di Johor sekarang ini dan akan mula belajar secara jarak jauh. Dalam pada itu selain institusi tersebut yang penuh bersejarah, Mak Aji terpandang pokok-pokok bunga yang cantik. Ini salah satunya: 

Entah apa nama bunganya tetapi ini jenis perennial yang cuma tahan beberapa bulan sahaja.

Monday, 21 November 2011

Bunga di Laman

Pagi semalam, berbekalkan kamera baru, Mak Aji testing ambil gambar pokok dan bunga-bunga di laman. Ini hasilnya:

Kudup bunga jarum tujuh bilah

Bunga daisy

Bunga butang

Bunga tudung periuk

Lagi bunga tudung periuk

Kudup kemboja merah

Closer look - kemboja merah

Bunga ixora

Lagi tudung periuk sekuntum

Bunga liar

Pokok tepi pagar

Bunga orkid? Kurang pasti.

Susu kambing

Susu kambing lagi

Susu kambing juga

Keluarga besar gapi

Gapi - cukup rajin membiak!

Berenang cari makan

Gapi lagi
Amacam, gambar lebih baiklah daripada dahulu, alhamdulillah!

Saturday, 12 November 2011

Beli Pokok Lagi

Alhamdulillah hujan reda, berpeluang ke nurseri, tempat biasa, supaya boleh kecek makcik pekerja Indo agar dapat pokok pada harga diskaun. Mak Aji beli beberapa jenis pokok pagar (hedge) sebab tak cukup, juga sejenis pokok bunga kecil purple dan pink terang (tak tahu apa namanya). Pokok malberi di bawah, sebenarnya sudah lama nak beli tapi tiap kali pergi nurseri, lupa nak beli. Masa bertugas di Johor Bahru dulu, ada penghuni lama rumah institusi yang Mak Aji duduk itu tanam pokok ini dan ketinggiannya sehingga ke tingkat atas! Itupun selepas kerap dicantas. Buahnya pula memang banyak dan burung-burung cukup suka datang makan buahnya!

pokok malberi RM6.00 sepokok

Bila dicampur-campur dengan pokok yang sedia ada (semai sendiri), rasa-rasanya cukuplah pokok untuk flower bed. Sebelum itu, ke kedai hardware (Pak Aji kalau kat situ, macam budak kecil dapat masuk kedai mainan, macam tak nak balik, habis segala barang dibeleknya, lama pulak tu!) beli batu bata merah untuk buat sempadan flower bed/curb agar lebih kemas dan agar boleh ditambah tanah lagi supaya lebih tinggi dan lebih senang dijaga, juga supaya tak payah banyak sangat tunduk (kesian belakang Mak Aji, nanti sakit!).

Semasa meninjau-ninjau flower bed, terpandang pokok kemboja sedang subur, daunnya besar-besar, kemudian terlihat tanda-tanda bunga nak keluar! Alhamdulillah! Tak sabar nak tengok, dekat setengah tahun menunggu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...