As-salam.
Ketika Mak Aji dan anak dara Mak Aji menunggu bas di stesen bas Seksyen 17 Shah Alam untuk ke JB tempoh hari, Mak Aji terpandang pokok tunjuk langit di seberang jalan dari tempat Mak Aji duduk. Ini kali kedua Mak Aji terjumpa pokok ini di tempat yang tidak terduga. Lihatkan:
![]() |
| Buah tunjuk langit. |
![]() |
| Bas sudah sampai! Nampak tidak pokoknya yang tinggi itu di sebalik bas?? |
![]() |
| Boleh tahan banyak buahnya. |
Pertama kali Mak Aji nampak pokok ini di Sri Damansara, di tepi jalan besar menghala ke Kepong. Agaknya tidak ramai yang perasan akan kehadirannya pun. Juga sebab tiada yang menyangka pokok ini ditanam di tepi jalan utama!
Mak Aji rasa ramai tahu akan khasiat buah tunjuk langit ini. Jadi tidaklah perlu disebut di sini. Boleh sahaja tanya Pak Cik Google ya! Kalau hendak jalan singkat, klik sahaja pautan berikut:



