About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label betik. Show all posts
Showing posts with label betik. Show all posts

Monday, 10 November 2014

Alhamdulillah Rezeki Kami Pulak!

As-salam.

Kalau dalam entri lepas Mak Aji tunjukkan rezeki tamu yang datang berkunjung ke laman, sekarang Mak Aji tunjukkan apa yang menjadi rezeki kami pula (sebelum kami bahagi-bahagikan kepada orang lainlah - tidak termakan semuanya!):

Buah mangga cokanan, jantung pisang abu dan buah betik.
Daripada dua tangkai anggur, ini sahaja yang tinggal setelah dibuang buah yang merekah. 

Sebahagian besar buah mangga dan betik diberi kepada kawan yang kami ke rumahnya untuk berziarah kerana dia sakit terlantar, dan sebahagian lagi kepada kawan yang sama-sama pergi berziarah. Jantung pisang dicelur (alahai, lupalah pulak untuk diberikan sup sayur kepada pokok/tanaman!) dan dicicah dengan budu (bertemankan ikan bakar dan ikan pekasam) - musim hujan seperti sekarang, kalau makan lauk seperti itu, memang laju, sedar-sedar habis nasi dua pinggan!

Anggur pula habuan tuannya - rasanya masam-masam manis (semacam cerita P. Ramleelah pulak!) Buahnya pula seperti juga sebelum ini, berbintik-bintik umpama tahi lalat walaupun sudah dibungkus rapi. Apapun alhamdulillah atas pemberian-Nya jua!


Catatan: Entah bilalah agaknya mahu dibuat hard pruning pada pokok anggur - asal mahu cantas sahaja, keluar buah, sayanglah pula. Kenalah buat hati kering sedikit, pakai cantas sahaja! 





Tuesday, 4 November 2014

Kalau Sudah Bukan Rezeki

As-salam.

Laman Mak Aji sering dikunjungi tamu yang seringkalinya tidak menggangu ketenteraman kami sekeluarga. Ada juga ketika yang tamu menimbulkan kekecohan serta ketakutan, terutama sekali di pihak Mak Aji sendiri. Apapun, kesemuanya termasuklah kita merupakan makhluk Allah SWT yang sudah dijanjikan rezeki masing-masingnya. Siapalah kita untuk menafikannya??

Kunjungan burung-burung sekawan menceriakan suasana pagi di laman, apalagi dengan bunyi kicauan mereka yang merdu sekali! Gelagat tupai pula seringkali mencuit hati. Hanya sang ular menjalar yang menggerunkan dan sering menyebabkan Mak Aji berkurung di dalam rumah berhari-hari!

Pokok buah-buahan seperti betik dan juga mangga sering menjadi rezeki kami sebagai tuannya dan juga sang burung serta tupai. Alhamdulillah atas rezeki yang melimpah ruah hingga kami sendiri tidak termakan. Berikut pula rezeki tamu kami:

Entah burung, entah tupai yang menumpang makan betik kami.
Sisa mangga cokanan habuan sang tupai.
Semoga hati kita reda dan pasrah dengan ketentuan pemberian rezeki daripada Allah SWT, insya-Allah!



Wednesday, 31 July 2013

Tuaian di Bulan Puasa

As-salam.

Pada minggu lepas, Mak Aji sempat menuai sebiji betik serta beberapa biji mangga yang matang. Kedua-duanya perlu diperam beberapa hari sebelum benar-benar masak. Saksikan hasil tuaian tersebut:

Sebiji betik serta dua biji mangga selamat dinikmati untuk berbuka puasa.
Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan!


Thursday, 20 June 2013

Betik Masak Ranum

As-salam.

Pokok betik di sudut hujung hadapan rumah sudah dibuat som tham tempoh hari semasa masih mengkal. Itu merupakan betik sulung daripada pokok berkenaan - khusus untuk melayan menantu Mak Aji yang mengandung sulung, selain kami yang lain yang menumpang sekaki. Dua hari lepas Pak Aji memetik betik yang masak pula. Semalam betik cukup masak dan kami menikmati betik yang masak ranum pula. 

Kata-kata pertama yang diucapkan setelah menikmatinya - "Ini baru betik!" (seolah-olahnya betik yang dibeli bukan sebenar-benar betik, he he!) Mahu tidaknya, betik yang ditanam sendiri boleh ditunggu sehingga betul-betul matang baru dipetik sementara betik yang terjual sudah dipetik jauh lebih awal. Hasilnya betik tanam sendiri cukup manis sementara betik yang dijual agak tawar heber

Ini baru betikk!!! Manis leting!
Catatan: Untuk maklumat mereka yang kurang biasa dengan loghat Kelantan, perkataan heber dan leting merupakan kata yang menegaskan betapa tawar dan betapa manisnya betik ini! 


Friday, 26 April 2013

Patah Tumbuh Hilang Berganti

As-salam.

Pokok betik di belakang rumah sudah sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak berjasa dengan mengeluarkan begitu banyak buahnya, alhamdulillah. Bukan hanya kami malah sempat Mak Aji berikan kepada jiran-jiran, juga sempat dibawa untuk kenduri di ofis dahulu. 

Apabila pokoknya mengeluarkan anak, maka kami pindahkan pula anak-anaknya ke bahagian hadapan laman. Sekarang pokok di belakang sudah tinggal arwah dan anak-anaknya pula bakal menggantikan tempat. Tidak lama lagi akan masaklah buah sulungnya:

Antara buah sulung pokok baru.
Hajat membuat som tam sendiri setakat belum kesampaian (walau lesung kayu sudah lama dibeli dari Tak Bai, Thailand), jangan sampai pokok lama sudah mati dan pokok baru sudah berbuah som tam tidak muncul-muncul lagi ya! Oklah, oklah, nanti Mak Aji buatlah ya! Syy, jangan kasi tau Pak Aji, nanti kena perli!

Lesung som tam yang belum pernah digunakan lagi!
Takpa, takpa nanti kita guna ya!




Thursday, 28 February 2013

Bunga Betik

As-salam.

Pagi tadi untuk pertama kalinya Mak Aji melihat bunga betik dari dekat. Cantik juga, ya! Sekali pandang macam figura manusia pun ya juga.:

Bunga betik.






Tuesday, 10 July 2012

Ole-ole dari KL

Orang kampung bawa ole-ole dari kampung (seperti buah-buahan) ke KL, Mak Aji bawa ole-ole buah juga dari KL (pun bukannya dari bandar, dari kampung juga - Sungai Buloh). Ini yang dibawa balik ke rumah kakak di Pasir Tumboh, Kota Bharu:

Betik masak ranum dari belakang rumah!


Saturday, 19 May 2012

Pagi Hari Minggu

Pagi-pagi Mak Aji keluar ke laman, ternampak banyak cili api masak lalu memetiknya. Beberapa pokoknya sudah lebih tinggi daripada Mak Aji - hampir enam kaki kut?! Banyak juga yang dapat, elok untuk dimakan dengan budu (dengan ulam). Care for any cili api anyone??

Cili api segar dan ranggup.

Sebelum keluar bersarapan Mak Aji kopek betik yang masak ranum untuk dimakan:

Pak Aji menyorok belakang sepotong betik!! Malu ya??


Saturday, 5 May 2012

'Segar dari Ladang'

Petang semalam Pak Aji 'menuai' dua biji betik dari belakang rumah - masak dipokok - insya-Allah manis. Sekali makan betik yang ditanam sendiri, dipetik ketika masak di pokok, insya-Allah kita tidak akan pandang sebelah mata pun betik yang dijual di kedai!! Hendak tahu mengapa, yang dikedai rasanya tawar heber, yang ini manis leting! (dah keluar bahasa baka - loghat Kelantan!)   Ini betiknya:

Betik yang insya-Allah manis!!

Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan. Memang tidak akan rugi apabila kita berbudi kepada tanah!!



Saturday, 21 April 2012

Cuba Teka Apa Ini!

Lihat foto ini dan cuba teka apakah dia:

Apakah gerangan ini??
 Lihatlah lagi (suspens pulak!):

Apakah gerangan di hujung atas itu??
Lihatlah lagi!!:

Taraaa! Inilah buah betik yang baru dipetik menggunakan alat pemetik buah betik di atas!!
Untung juga ada Pak Aji yang kaki DIY!

Akar Betik Jahat?

Beberapa hari lepas Mak Aji ada bersembang dengan rakan ofis tentang pokok betik. Rakan tersebtu ada menyebut bahawa orang-orang tua memang ada berpesan supaya pokok betik jangan ditanam terlalu hampir dengan rumah kerana akarnya 'jahat'! Jahat di sini bermaksud akarnya boleh menyusup ke bawah-bawah permukaan kantai dan memecahkannya! Suspens juga Mak Aji dibuatnya sebab pokok betik di rumah memanglah amat dekat dengan dinding bilik air! Lihatlah foto ini:

Cukup dekat dengan bumbung bilik air! Baru perasan ada betik yang masak dipokok!
Bercakap fasal betik, Mak Aji baru perasan yang pokok betik yang satu lagi bentuknya lebih cantik daripada pokok yang di atas. Lihat foto ini:

Bentuk betik yang seksi! He he!
Ada sesiapa yang ada pengalaman pahit tentang ke'jahat'an akar pokok betik??

Saturday, 17 March 2012

Betik Lagi - Terbukti yang Terbaik!!

Mak Aji biarkan betik benar-benar masak agar lebih manis. Jadi Mak Aji potong untuk makan malam. Lihatlah betikku yang cukup manis, terasa macam seorang pun boleh habiskan sebiji! Lagipun buahnya pun comel aja! 

Betik yang cukup manis!!
Betik menjadi pembuka selera sebelum menjamah makan malam: tom yam kung (udang) dengan ikan lampam goreng serta ulam petola segi (buah tene kalau orang Kelantan). Alhamdulillah sedap sekali!

rezeki kami malam ini

Betik Sulung

Petang semalam Pak Aji petik buah betik sulung kami yang masak sepenuhnya. Buah pertama yang dipetik hari minggu lepas kami celursahaja sebagai ulam. Ketika itu sedang mengkal, hampir masak - ramai yang makan sebab keluarga yang berkereta-kereta datang untuk kenduri kahwin anak buah suami. 

Ini betiknya - insya-Allah manis kata Pak Aji - yet to be tested!:

Betik sulung yang masak - alhamdulillah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...