About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday 29 September 2012

Tunggu Akar Dani Memanjat Pergola

As-salam.

Pokok akar dani sudah agak tinggi, sudah hampir setinggi pergola. Tidak sabar rasanya menunggu akar dani memanjat pergola. Juga untuk berbunga. Apabila berbunga, nescaya harumlah bilik tidur Mak Aji nanti sebab pergola di hadapan bilik tidur utama. Bagusnya apabila mendapat haruman semulajadi!  

Panjatlah dan berbungalah akar daniku!
Pergola dari porch rumah.

Wednesday 26 September 2012

Bunga Melur di Petang Hari

As-salam.

Petang belum begitu lewat, cuma hujan gerimis mula turun dan langit sedikit mendung semasa Mak Aji merakam foto berikut. Foto seolah-olah dirakam waktu hampir senja. Perhatikan:

Semacam ada serbuk perak di kelopaknya!
Kelihatan seolah-olah diselubungi misteri!!



Meriah Warna Kemboja

As-salam.

Bunga kemboja mula mekar sejak bulan Syawal lagi, lepas sedahan, sedahan lagi, berselang seli hinggalah ke hari ini. Warnanya cukup meriah sekali dan warna ini juga warna kegemaran Mak Aji!:





Kemboja Jepun juga mengeluarkan bunga beberapa kuntum:




Perhatikan, ada serangga di dalamnya (kanan atas).
Cukup ceria pagi dengan kemboja yang kembang!


Monday 24 September 2012

Tamu Pagi

As-salam.

Seminggu lebih guru Pak Aji bertamu di rumah dan sepanjang tempoh itu jugalah Mak Aji tiada kesempatan langsung untuk meluangkan masa di laman. Alhamdulillah nasib menyebelahi sebab hujan turun juga walaupun cuaca agak panas. Jadi tiadalah pokok yang tewas out of neglect! No one to blame but yours truly! 

Petang semalam tamu berkunjung pula ke rumah seorang lagi anak muridnya di Kemensah Heights, jadi pagi ini Mak Aji baru berpeluang ke laman. 

Sambil membelek pokok di laman, dan menghampiri pokok pudina, terasa amat teruja dengan bau daun pudina - heavenly smell - Mak Aji suka sangat!! Cuma pokoknya agak sudah mengurus - sudah lama pokok tidak diletak baja.

Asyik membelek pokok pada mulanya Mak Aji terkejut apabila ternampak ekor! Ekor apakah itu, jangan jenis yang creepy crawly sudah! Rupa-rupanya ini tamu yang berkunjung, memerhati Mak Aji!:

Tamu yang memerhati Mak Aji - cool aje!

Buat terkejut orang tua pagi-pagi ya!



Wednesday 12 September 2012

Pelbagai Herba di Taman Herba

As-salam.

Semasa kami menginap di Tok Aman Bali Resort, di Semerak, Pasir Puteh, Kelantan tempoh hari, Mak Aji perasan yang mereka telah mewujudkan sebuah taman herba yang menghimpunkan pelbagai pokok herba yang agak sukar didapati. Mak Aji sempat merakam beberapa jenis herba tersebut:

Bunga pokok cekak manis gajah.

Bunga misai kucing.
Kacip Fatimah
Lidah Jin (????)
Mata Pelanduk.
Naga Buana.
Nanas Batu.
Pecah Beling.
Kancing Baju.
Susuh Kelapa.
Tongkat Ali.
Daun tongkat Ali dari dekat.
Bunga pokok ginseng
Pokok ginseng.
Bunga kaduk.
Pokok ginseng hutan.

Khasiat Halia Bara

As-salam.

Semasa kami di kampung, kami sempat ke pasar dan Pak Aji terjumpa halia bara untuk dibawa pulang dan ditanam memandangkan herba itu banyak khasiatnya. Ini foto halia bara yang dibawa balik:

Halia bara
Antara khasit halia bara adalah seperti berikut:

Melembutkan perut
Membantu penghadaman makanan
Mengeluarkan angin dari dalam tubuh
Merawat kesan gatal gigitan serangga
Melegakan demam
Merawat resdung
Mengurangkan sengal-sengal sendi
Tenaga batin
Rawatan Selepas Bersalin

Sumber: http://violetgloves.blogspot.com/

Mengikut sumber di atas juga, halia dibuat ulam untuk tujuan membuang angin. Halia bara juga boleh direbus untuk diminum airnya bersama-sama madu (cara ini juga secara umum sahaja dan tidak dimaklumkan untuk mana-mana rawatan di atas). Wallahualam!



Buah Salak

As-salam.

Mak Aji belum pernah melihat buah salak yang sedang masak di pokok. Semasa balik kampung tempoh hari, Mak Aji berpeluang melihat dari dekat di rumah kakak ipar:

Buah salak.


Perhatikan duri pokok salak. Sebab itulah pokok ini jarang ditanam sekitar rumah.
Durinya dikatakan berbisa.


Buah Katak Puru

As-salam.

Pernahkah anda dengan buah katak puru?? Kalau belum, ini rupanya berserta pokoknya sekali:

Buah katak puru!
Buahnya keluar di batang pokok!
Ini pokoknya dengan buah bergantungan di batangnya.

Bunga Cantik dari Kampung

As-salam.

Mak Aji baru sahaja balik dari kampung dan semasa menginap di rumah kakak, Mak Aji sempat merakam beberapa foto untuk tatapan bersama:

Entah apa nama bunganya.



Bunga dalam bunga, macam cerita berbingkai, cerita dalam cerita!


Cantik orkidnya!

Kemboja Jepun menawan.

Berikut pula bunga-bunga  dari rumah kakak ipar Mak Aji:


Semacam halia.

Bunga raya. Perhatikan buahnya di bawah - biji di dalamnya boleh dibuat benih pokok ini!!

Bunga raya jenis yang kembang sebahagian sahaja!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...