About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday 31 May 2014

Kutukar Gelarmu, Ya!

As-salam.

Pokok bunga Disember yang dibawa balik dari Surabaya sampai bertukar tahun masih belum menggembirakan tuannya dengan berbunga seperti yang diharap-harapkan. Disember sudah lama berlalu, dan setengah tahun lagi Disember tahun lain pula akan muncul. Bunganya entah ke mana-mana lagi!? 

Walau bagaimanapun, kempunan melihat bunga Disember akhirnya hilang apabila satu daripada dua bebawang yang dibeli melalui dalam talian berjaya menghasilkan bunganya yang pertama:

Masih belum sepenuhnya kembang - separuh jalan cuma tetapi tetap mengujakan!
Mak Aji mahu memanggilnya dengan nama lainnya, iaitu fireball lily dan tidak lagi bunga Disember (entah siapalah punya idea meletak namanya sedemikian??). Fireball lilyku, kembanglah engkau, kalau boleh sepanjang masa, jangan tunggu bulan apa-apapun, agar berseri lamanku dengan kehadiranmu! 





Yang Meluyut Lagi

As-salam.

Pokok mangga cokanan sedang berbuah lebat dan sesetengahnya sudah pun menjadi habuan sang tupai yang sering berkunjung. Setakat ini masih belum kami tuai untuk habuan tuannya:

Mangga cokanan yang lebat buahnya.
Alhamdulillah banyak betul cilinya. Inipun tinggal yang putih sebab yang jingga dan merah sudah
disambalbelacankan semalam! Cukup bengis sambalnya!




Sekitar Laman

As-salam.

Mak Aji pernah mencuba bertanam terung tetapi entah mengapa percubaan pertama gagal sebab pokonya mati. Percubaan kedua alhamdulillah berjaya. Pokok pertama pula sudah belajar berbunga. Cantik pula bunga terung ya!:

Cantik manis warnanya, lilac! Entah akan menjadi buah entah tidak?
Ada tiga pokok kesemuanya. Lihatlah daun yang dikerjakan entah apa serangga!
Bunga trumpet besar juga menunjukkan serinya.
Cukup cantik dan meriah sekali, tapi entah apa nama bunganya ya?? Pokoknya pemberian orang - siap berbunga lagi! Terima kasih banyak-banyak!
Muraya atau kemuning juga tidak mahu kalah
Bunga kertas yang ceria dan meriah warnanya.
Di salah satu sudut laman. Spider plant yang menjadi saiz gergasi di bawah teduhan polycarbonate ini.
Last but not least, buah anggur yang menunggu masaknya!:

Anggur yang menunggu matang!
Seronok melayan diri di laman menghijau, dihiasi bunga-bungaan sambil menghirup udara pagi yang segar dan bersih, alhamdulillah!!




Wednesday 28 May 2014

Stok Simpanan Mulberi

As-salam.

Buah mulberi sudah tiga kali dipetik. Ada ketika buahnya tidak sebanyak mana, seperti yang dua kali yang sudah dibuat stoknya. Alhamdulillah rezeki mulberi pada hari ini cukup lumayan, jauh lebih banyak daripada stok sedia ada:

Tuaian mulberi bersama-sama dua batang kacang panjanggg serta dua jenis cili api.
Stok daripada dua kali petik.
Keseluruhan stok mulberi - masuk terus ke freezer!
 
Insya-Allah buah dipokok boleh dibuat tuaian sekali dua lagi sebelum habis. Setelah itu dahan-dahan akan dicantas lagi untuk menggalakkan pertumbuhan tunas dan juga buah baru. Nanti bolehlah Mak Aji cuba untuk masak pucuk mulberi pula! 



Tuaian Mangga Lagi Besar!

As-salam.

Semalam Pak Aji terpaksa memetik lagi dua biji buah mangga yang cukup matang. Mari kita lihat berapa beratnya!:

Berat yang amat buahnya yang ini!
Yang pertama beratnya 2.1 kg!!! Record high!
Yang ini kecil sedikit.
Mangga kedua cuma 1.4 kg.
Nampak gaya perlu beli penimbang pasar malamlah pulak!
Setakat ini, mangga semalam yang paling berat, 2.1 kg. Apapun mungkin ada lagi yang akan mengatasi berat ini, mana tahu?? Masih ada lagi buah lain yang belum dipetik di pokok!!!




Saturday 24 May 2014

Tuaian Hari Ini

As-salam.

Baru sebentar tadi Pak Aji menuai 2 biji buah mangga Mahathir (entah ya entah tidak namanya tu?!). Berat setiap satu hampir mencecah 2 kilo!:

Alhamdulillah cukup besar buahnya!
Kecil sahaja Note 3 apabila dibuat perbandingan.
Sebiji hampir mencecah 2 kg!
Cuba lihat ni!
Sebiji lagi 1.8kg.
Yang ini kecil sedikit berbanding yang pertama tadi.
Anak Mak Aji serta isteri dan Aleesya ke rumah emak mentuanya di Serdang dan nampak gaya rezeki merekalah buah mangga yang beratnya 1.8kg itu! Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki. Harap-harap bila masaknya cukup manis, insya-Allah!

Mangga yang hampir 2 kg pula insya-Allah habuan kami sekeluarga. Perlu diperam lagi sehari dua agar cukup masak. Harap-harap manislah juga, insya-Allah!



Tuaian Hari Ini

As-salam.

Pokok kacang panjang yang panjangnya XXL sudah beberapa kali mengeluarkan hasilnya. Setakat ini yang paling panjang berukuran 22.5 inci! Yang paling panjang yang dituai tidaklah sepanjang itu, cuma kurang sedikit. Yang lain-lainnya lagi pendek. Apapun alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan! 

Cili api kampung pun sudah agak lama tidak dipetik dan hari ini sekali petik banyaklah juga. Buah mangga cokanan pula banyak buahnya yang rosak kerana merekah lalu jatuh sahaja ke bumi - sayangnya! Hari ini dua biji sudah cukup matang untuk dipetik dan sudah mula menguning - alhamdulillah ada juga rezeki kami!:

Dua biji mangga, 4 batang kacang panjang dan cili api kampung - bunga raya sekadar hiasan ajelah!
Sekian adanya alhamdulillah!




Sunday 18 May 2014

Rupa Bayang Bunga Disemberku!!

As-salam.

Dalam pada membelek-belek pokok di bawah pergola mata Mak Aji terpandang sesuatu berwarna merah pada hujung bebawang pokok Disember! Fireball/bloody lilykah itu??? Lihatkan!:

Tiga pokok Disember - yang atas kiri dari Surabaya dan dua lagi dari EM Nursery. Cuba lihat warna
merah pada hujung bebawang itu!
Ini dia dari dekat - rupa bayang fireball/bloody lilyku!

Cukup teruja hati ini apabila bebawang yang baru sehari dua kusemai mula menampakkan tanda-tanda akan berbunga! Alhamdulillah setelah menunggu sejak tahun lalu lagi akhirnya penantianku akan berakhir! Jika anda belum pernah lihat bunganya mari Mak Aji kongsikan ya!:

Cantik bukan!!!

Hydrangeas in Full Bloom

As-salam.

Kalau melihatkan bunga hydrangeas yang di nurseri besar-besar gugusannya, Mak Aji punya tidaklah sebesar mana. Walau bagaimanapun Mak Aji yang dapat sebegini saiznya pun sudah cukup teruja!:

Masya-Allah cukup cantik, kan!
Ini setangkai lagi.
Yang kembang cuma dua tangkai sahaja - foto sampai tiga - can't get enough of you!!
Ada sepokok lagi hydrangeas yang belum berbunga. Harap-harap kalau berbunga mahulah dia berbunga warna merah jambu pula ya!?  




Model Terpaksa

As-salam.

Melihatkan buah mangga besar yang ditunjukkan oleh rakan-rakan FB, Mak Aji juga mahu tunjuk mangga Mahathir Mak Aji. Untuk menjelaskan saiznya Mak Aji paparkan model yang Mak Aji paksa untuk memperagakan mangga Mak Aji!:

Muka sedikit ketat yang dipaksa senyum!
Senyum dalam terpaksa (apalah mama aku ni!)
Dah nak habis sesi fotografi, baru keluar riak relaks kat muka! TQ Hanif! Lain kali boleh jadi model lagi ya!?
Ini pokoknya dengan buah-buah yang berbalut akhbar:

Insya-Allah kalau semua menjadi banyak lagilah jus mangga untuk kami sekeluarga!




Semak Anggur

As-salam.

Buah anggur semakin besar pada hari ini. Seminggu dua lagi kut matanglah dia. Harap-harap manislah buahnya nanti, insya-Allah:

Anggurku nan setangkai!



Saturday 17 May 2014

Bakawali Magenta



As-salam.

Dalam seminggu lepas apabila EM Nursery ada memaklumkan yang ada stok bunga bakawali magenta, maka Mak Aji terus tempah 2 pokok dengan harga RM15 sepokok. Mak Aji pun tidak sempat tanya atau minta ditunjukkan bagaimana rupa bunganya yang magenta itu! Mak Aji sekadar berangan-angan sahajalah! Adakah seperti foto di bawah ini?? Rasa-rasanya ya!:

 Sumber foto: http://www.theamateursdigest.com/epis.htm 
Jika anda buka laman yang terdapat pada kapsyen foto ini terdapat banyak maklumat tentang bakawali ini, cukup bermanfaat sekali untuk peminat bunga ini!

Mak Aji ingin kongsikan bunga bakawali yang ada di laman dan pernah kembang tidak lama dahulu:

Yang ini putih warnanya.
Masya-Allah cantik, kan! Tidak sabar rasanya menanti bakawali magentaku pula berbunga!!!

Berikut pokok bakawali magenta yang baru dipindahkan ke pasu - stok pasu sudah habis, kena beli pasu lagilah ni!:

Dua pokok bakawali magenta.
Ada warna merah-merah di hujung daun tu - itulah bezanya dengan daun bakawali biasa!
Semoga kedua-dua pokok hidup subur di lamanku dan bakal menghasilkan bunga yang indah berseri, insya-Allah!






Tamu di Laman Lagi

As-salam.

Pagi ini sambil Mak Aji mengalih dua pokok bakawali magenta yang dibeli dari EM Nursery dengan harga RM15 sepokok, perasanlah pulak Mak Aji akan buah-buah anggur yang gugur sebagai 'kismis' - adalah setangkai yang sudah busuk tanpa tuannya perasan lagi! Hai Pak Aji kenalah buat sesuatu dengan anggur ini - asyik tidak perasan memanjang aje!

Apabila Mak Aji mendongak ke atas pergola ke tempat asal buah anggur yang jatuh kerana busuk itu, ini pula yang kelihatan!:

Begini rupanya kelawar dari dekat ya!! Elok aja buka mata pagi tadi, mana tidurnya!
Bergantung di netting pergola.

Pergola menjadi tempat berteduhlah pula untuk sang kelawar! Ini pertama kali Mak Aji menerima tamu jenis ini di laman! Rasa geli pun ada semasa merakam foto ini, tetapi dek kehendak mahu memfotonya dengan lebih dekat Mak Aji beranikan juga! Orang kata kelawar tidur siang dan berjaga malam - Mak Aji tengok elok aja mata dia terbuka - atau tidur mata tak rapat ke?? 

Oh ya, berikut kismis yang bertaburan di bawah pergola - sayangnya hai!:

Anggur yang menjadi kismis lagi! 
Kalau namanya bukan rezeki kita, kalau sudah berada di dalam mulut pun boleh diluahkan juga ya! 




Thursday 15 May 2014

Jus Mangga Tanam Sendiri

As-salam.

Buah mangga Mahathir tempoh hari dipetik dengan beratnya sekilo lebih. Oleh kerana buahnya dipetik terlebih awal, maka separuhnya dimakan cicah kuah rojak sahaja (sedikit masam tetapi cukup lemak sekali) dan separuh lagi dibuat jus mangga yang cukup pekat - teringat Mak Aji akan jus mangga yang sebegini semasa pertama kali menjejak kaki ke bumi Makkah. Setiap kali balik dari masjid Mak Aji pasti mahukan jus mangga - heaven in a glass!

Mak Aji lebih suka kalau diletak susu segar tetapi oleh kerana Pak Aji lebih suka tanpa susu segar, maka itulah yang dihasilkan:

Jus mangga - sedap sekali alhamdulillah!
Buah mangga Mahathir yang separuh sahaja dibuat jus pekat!
Separuh buah dapat satu jag jus mangga pekat!





Wednesday 14 May 2014

Rumah dalam Taman

As-salam.

Beberapa bulan lalu Mak Aji pernah hadir satu majlis maulid di Janda Baik, bertempat di rumah Pak Habib, seorang penulis buku analisis politik. Tentu ramai yang kenal dengan beliau - Syed Husin Syed Alwi/S.H. ALATTAS (bapa kepada Abang Seekers). 

Dek kerana segan sebab ada majlis bersifat begitu, maka Mak Aji sempat merakam sedikit sahaja foto selepas mendapat kebenaran daripada Pak Habib sendiri. Jom layan:

Rumah Pak Habib dari hadapan.



Sukanya melihatkan kehijauan taman Pak Habib! Lihatlah betapa subur keladi tu!
Pun ada kerusi laman daripada seramik.
Pandangan dari sisi rumah. Anak sungai berada di sebelah kanan lagi.
Mak Aji dan isteri Allahyarham Baba Aziz - nak posing jugak tu!
Juga bunga apa entah?
Bunga apa entah ya.
Bunga halia bara.
Di sisi rumahnya mengalir sebatang anak sungai yang jernih - sayang pula bila ada paip air kelihatan berselirat!
Kawasan di sisi rumah - Mak Aji suka bird-bath dua tingkat itu, gaya English garden!
Isteri Allahyarham Babab Aziz dengan isteri Pak Habib.
Kelihatan Pak Habib bercakap dengan Allahyarham Baba Aziz manakala anaknya bercakap dengan Habib Soleh.
Suasana di surau bahagian lelaki.
Dari surau bahagian wanita.
Sambil mendengar tazkirah serta bacaan maulid, kami dihiburkan dengan bunyi air anak sungai yang cukup menyamankan! 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...