About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label mangga. Show all posts
Showing posts with label mangga. Show all posts

Thursday, 16 January 2014

Mangga Mahathir Rupanya!

As-salam.

Pokok mangga besar yang sedang berbuah (walau hanya tinggal sebiji!) sekarang ini menimbulkan tanda tanya di benak Mak Aji. Jenis apakah mangganya? Yang Mak Aji tahu jenisnya sama dengan kakak Mak Aji punya. Setelah membuat sedikit pencarian di Google, maka terjawablah akhirnya - Mangga Mahathir! 

Pada mulanya Mak Aji ingatkan mangga sala tetapi setelah membanding-bandingkan ciri fizikal buahnya serta rupa dedaunnya, maka insya-Allah Mahathirlah dia! Mari kita lihat sekali lagi mangga Mahathir Mak Aji:

Mahathir namamu ya!!
Insya-Allah tidak beberapa hari lagi matanglah dia - kendurilah kami sekeluarga nanti! Jika anda ingin membaca selanjutnya tentang mangga ini, sila baca DI SINI.




Wednesday, 31 July 2013

Mangga Meluyut Lagi

As-salam.

Terkini tiga pokok mangga sarat berbuah dan alhamdulillah kesemuanya setakat ini menghasilkan buah yang apabila masak cukup manis. Kalau dipetik yang muda pula rasanya lemak dan tidak masam! Entah apalah namanya, yang pasti bukas mas hitam (yang itu Mak Aji tahulah rupanya yang hijau tua kulitnya, yang lain entahlah, kurang ariflah pula!). 

Hasil tuaian semalam.
Ini salah satu daripada tiga pokok yang buahnya meluyut lagi!
Selain dimakan sendiri, buah juga sempat dikongsikan dengan jiran tetangga serta tamu yang berkunjung ke rumah - siapa cepat dia dapat!!


Tuaian di Bulan Puasa

As-salam.

Pada minggu lepas, Mak Aji sempat menuai sebiji betik serta beberapa biji mangga yang matang. Kedua-duanya perlu diperam beberapa hari sebelum benar-benar masak. Saksikan hasil tuaian tersebut:

Sebiji betik serta dua biji mangga selamat dinikmati untuk berbuka puasa.
Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan!


Saturday, 28 April 2012

Mangga Masak

Alhamdulillah petang tadi Pak Aji bawa masuk empat biji mangga masak. Agaknya mangga yang penghujunglah ini sebab pokok pun sudah dogol tanpa buah lagi. Pokok-pokok lain pun tiada yang berbuah. 

Mangga masak.

Monday, 2 January 2012

Buah di Laman - Rezeki Tahun Baru

Mak Aji berasa cukup bertuah kerana semasa meninjau-ninjau di laman, terperasan yang dua pokok mangga sedang berbuah. Begitu juga pokok mulberi yang berbuah untuk pertama kalinya! Berikut gambarnya:

Pokok 1

Pokok 1 dari dekat - buah masih kecil

Pokok 2

Pokok 2 dari dekat - buah sudah agak besar
Mulberiku sudah berbuah!!
Buah mulberi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...