About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label tupai. Show all posts
Showing posts with label tupai. Show all posts

Tuesday, 4 November 2014

Kalau Sudah Bukan Rezeki

As-salam.

Laman Mak Aji sering dikunjungi tamu yang seringkalinya tidak menggangu ketenteraman kami sekeluarga. Ada juga ketika yang tamu menimbulkan kekecohan serta ketakutan, terutama sekali di pihak Mak Aji sendiri. Apapun, kesemuanya termasuklah kita merupakan makhluk Allah SWT yang sudah dijanjikan rezeki masing-masingnya. Siapalah kita untuk menafikannya??

Kunjungan burung-burung sekawan menceriakan suasana pagi di laman, apalagi dengan bunyi kicauan mereka yang merdu sekali! Gelagat tupai pula seringkali mencuit hati. Hanya sang ular menjalar yang menggerunkan dan sering menyebabkan Mak Aji berkurung di dalam rumah berhari-hari!

Pokok buah-buahan seperti betik dan juga mangga sering menjadi rezeki kami sebagai tuannya dan juga sang burung serta tupai. Alhamdulillah atas rezeki yang melimpah ruah hingga kami sendiri tidak termakan. Berikut pula rezeki tamu kami:

Entah burung, entah tupai yang menumpang makan betik kami.
Sisa mangga cokanan habuan sang tupai.
Semoga hati kita reda dan pasrah dengan ketentuan pemberian rezeki daripada Allah SWT, insya-Allah!



Thursday, 23 October 2014

Tamu yang Khusyuk

As-salam.

Sambil menyiapkan kerja-kerja di laman, Mak Aji terdengar kruk krik, kruk krik. Puas Mak Aji mencari punca bunyi - seram kalau-kalau sang ular datang lagi (ular ada bunyi ke??)! Akhirnya Mak Aji terpandang tamu ini yang sedang khusyuk menghadap buah mangga yang dimakan sehingga licin bersih hingga ke bijinya!:

Dari sini datangnya bunyi itu!
Cukup khusyuknya dia makan!

Beberapa minggu lepas Mak Aji sempat melihat beberapa biji mangga bersepah di atas bumbung khemah di laman - rupa-rupanya mereka kenduri mangga di situ! Memang seronok mereka apabila mangga banyak buahnya! Kami juga sebagai tuan puas makan dan sempat juga berbagi buah mangga dengan jiran-jiran. Alhamdulillah atas rezeki!




Thursday, 4 September 2014

Bila Pula Kutanam Jambu??

As-salam.

Kalau Mak Aji ternampak taburan kismis yang terhasil secara tidak sengaja dek kerana buah anggur yang berada di atas pergola tidak terperasan dek Mak Aji, itu biasalah. Namun begitu, kalau buah jambu air yang terdapat sekitar pergola, itu sesuatu yang luar biasa! Mana ada Mak Aji tanam jambu air?? 


Jambu air yang entah dari mana datangnya!
Ini ada sebiji lagi bersama-sama buah ceri (tempatan).

Apabila teringatkan tupai yang banyak berkeliaran di laman, Mak Aji agak ini kerja tupai! Tupai bukan sahaja meninggalkan najis mereka di merata laman, malah diangkutnya sekali buah dari entah laman siapa! 

Kalau Pak Aji tuai buah betik dan dibiarkan seketika di meja batu di laman, alamat adalah yang akan berpesta buah betik - kalau tidak tupai, burunglah! Pernah juga suatu ketika tupai masuk ke dalam rumah dan sudah mula menjamu selera dengan pisang masak yang diletak di meja makan! - itu sudah lebeh!!





Monday, 16 September 2013

Wak Gapo Tu??

As-salam.

Kawasan laman Mak Aji sering menerima kunjungan haiwan seperti burung, tupai, katak serta monyet. Beberapa hari lepas seekor tupai bermain-main di pergola sebelah porch di hadapan rumah. Lama dia bertenggek di situ sehinggakan sempat Mak Aji merakam aksinya lagi:








Thursday, 1 August 2013

Tupai Berjimnastik!

As-salam.

Pada petang ini sekembali Mak Aji dari luar atas pelbagai urusan, kelihatan seekor tupai yang agak besar saiznya sedang berjimnastik sendirian di pokok kelapa di hadapan rumah. Leka pula memerhatikannya bermain-main di celah daun, turun naik dari dahan ke dahan. Seronok amat nampaknya dia!

Menggelongsor turun.
Main om cak pula dia ya!
Meniti pelepah kelapa.
Apa sahajalah yang dijenguk tu??
Comel bila ekornya menegak begitu!
Ini betul-betul rupa tupai bila ekornya menegak sebegitu!
Dah puas main, nak balik dah, bye!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...