About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label cucu. Show all posts
Showing posts with label cucu. Show all posts

Tuesday, 12 August 2014

Bebas di Laman

As-salam.

Cucu Mak Aji, Aleesya sudah tidak lagi Mak Aji jaga. Dia sekarang tinggal dengan keluarga menantu Mak Aji di Cheras. Pada hujung minggu lepas mereka balik ke Sungai Buloh untuk beraya bersama-sama kami. 

Kalau di Cheras Aleesya tidak berpeluang untuk lepas bebas di laman (kawasan terhad di laman rumah teres dalam kawasan perumahan) tetapi kalau di rumah Mak Aji dia dapat lepas bebas - cuma kena pantau sebab dia memang suka mengutip benda dan terus memasukkannya ke mulut! Bertuah punya Aleesya!

Dengan rambut pendek semacam tomboy pun ada!
Hendak ke manalah pulak cek mek ni?
"Tokma nak apa lagi ni??"
Kalau tak dipegang tangannya asyik nak cabut aja!

Kalau mahu bebas kena selalu datang ke rumah Tokma tau, Aleesya! Tokma ada banyak bunga, boleh petik selit kat telinga. Minggu hadapan balik sini lagi ya! Tokma tungguuuu!! Sayang cucu Tokma!


Monday, 6 January 2014

Gadis Kecil dan Bunga

As-salam.

Kalau neneknya tukang kebun, cucunya juga harus menjadi tukang kebun cilik! Sebelum benar-benar menceburkan diri sebagai tukang kebun, cucu harus diperkenalkan dahulu dengan kebun! Ini pengalaman Aleesya, bakal tukang kebun cilik Mak Aji:

Cantiknya bunga akar dani Tokma!
Nak petiklah satu!
Ehh, geramnya!!
Hah, dah dapat pun sekuntum!

Sama warna dengan bajuku ya!
Sudah sudahlah Tokma, enough publicity!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...