About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label benih kemboja Jepun. Show all posts
Showing posts with label benih kemboja Jepun. Show all posts

Saturday, 31 August 2013

Benih Kemboja Jepun

As-salam.

Elok sahaja Puteri Purnama menyebut tentang kiriman daripada rakan bertanam berupa benih kemboja (di sini), kelongsong benih kemboja di laman pun terbuka lalu mendedahkan benihnya. Mak Aji teringat pula yang Ummuaidan pernah meminta Mak Aji tunjukkan kelongsongnya apabila cukup matangnya - inilah dia!!:

Kelongsongnya dari belakang
Tadaaaa! Dah cukup matang, terbukalah dia!
Ini benihnya.
Inilah hasilnya bila benih sudah bercambah menjadi pokok lantas berbunga!!



Saturday, 9 February 2013

Anak Benih

As-salam.

Beberapa ketika dahulu Ummuaidan ada meminta agar Mak Aji beri update tentang benih pokok kemboja Jepun. Sebenarnya benihnya dari kelongsongnya pecah semasa Mak Aji balik kampung. Balik-balik sahaja sudah selesai dan benihnya berterabur entah ke mana. Lihatlah:

Kelongsong benih kemboja Jepun.
Sebelum kelongsong pecah.
Anak benih kemboja Jepun.

Anak benih mangga besar yang dibawa dari kampung.
Anak benih cili ungu juga dari kampung.

Moga anak-anak pokok tumbuh subur hingga membuahkan hasil dalam bentuk bunga mahupun buah!



Wednesday, 7 November 2012

Benih Kemboja Jepun

As-salam.

Pernahkah anda melihat pokok kemboja Jepun sebelum mengeluarkan benihnya. Bentuk 'kelongsong' benihnya memang unik. Pertama kali melihatnya Mak Aji tidak tahu apakah bendanya itu. Perhatikan:

Nampak tak?? Macam roket? torpedo? Apa-apalah! Pelik, kan!! Kelongsongnya ada dua, di kiri dan kanan! Bila matang, kelongsongnya pecah, benihnya berbulu, macam bunga lalang, memang bersedia untuk terbang!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...