As-salam.
Sejak beberapa hari ini Mak Aji agak sibuk di rumah dengan kelahiran cucu perempuan pertama yang juga cucu ketiga. Menantu Mak Aji berpantang di rumah kerana ibunya masih muda, masih bekerja. Rutin harian banyak berubah dan kerja-kerja di laman terpaksa diambil alih oleh Pak Aji. Masa untuk berblogging pun agak terbatas. Jadi maaflah ya jika Mak Aji jarang masuk, sibuk jaga cucu!
Mak Aji mahu memperkenalkan buah hati baru kami, ini dia:
 |
Kasi suspens ya!
 |
| Selepas lahir dengan berat 3.6kg. |
 |
| Buah hati kami, Nur Aleesya Sofea - nyanyak tidur selepas mandi! |
|
 |
| Bunga kenanga untuk mewangikan buah hati kami! |