As-salam.
Belum terlambat agaknya untuk Mak Aji mengucapkan salam kemerdekaan kepada anda semua. Setelah bercuti hujung minggu yang agak panjang berbanding biasa tentunya hati agak berat untuk menyambung tugas masing-masing ya! Mak Aji pula agak bersemangat 'bekerja' di laman setelah rumput baru selesai dipotong - tukang mesin rumput pun mahu cuti merdeka! Semalam dan hari ini baru mahu masuk kerja! Apapun mari kita jamu mata dengan yang kembang-kembang di laman edisi hari Selasa:
 |
| Star of the show! - bunga raya tentunya diberi keutamaan sempena Merdeka ini! |
 |
| Ixora/siantan. |
 |
| Lupa lagi apa ke namanya bunga ini - asyik hakisan memori aje! |
 |
| Ros nan sekuntum sahaja. |
 |
| Tiga sekawan Mexican petunia/ruella. |
 |
| Alamanda climber. |
 |
| Kemboja kuning. |
 |
| Bunga melur. |
 |
| Can't get enough of you - sorilah ya, Mak Aji asyik ulang tayang bunga ini - syok sendiri! |
Sudah puas tengok bunga, sambung balik kerja ya!