About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday, 2 September 2014

Yang Kembang Lagi di Laman

As-salam.

Belum terlambat agaknya untuk Mak Aji mengucapkan salam kemerdekaan kepada anda semua. Setelah bercuti hujung minggu yang agak panjang berbanding biasa tentunya hati agak berat untuk menyambung tugas masing-masing ya! Mak Aji pula agak bersemangat 'bekerja' di laman setelah rumput baru selesai dipotong - tukang mesin rumput pun mahu cuti merdeka! Semalam dan hari ini baru mahu masuk kerja! Apapun mari kita jamu mata dengan yang kembang-kembang di laman edisi hari Selasa:

Star of the show! - bunga raya tentunya diberi keutamaan sempena Merdeka ini!
Ixora/siantan.
Lupa lagi apa ke namanya bunga ini - asyik hakisan memori aje!
Ros nan sekuntum sahaja.
Tiga sekawan Mexican petunia/ruella.
Alamanda climber.
Kemboja kuning.
Bunga melur.
Can't get enough of you - sorilah ya, Mak Aji asyik ulang tayang bunga ini - syok sendiri!

Sudah puas tengok bunga, sambung balik kerja ya! 





12 comments:

  1. Assalammualaikum Mak Aji..

    subhanallah..cantiknya bunga yg warna purple tuu..Mexican PEtunia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Juls,

      Mexican petunia ni amatlah mudah tanamnya, cucuk aje keratan batangnya, insya-Allah hiduplah dia. Mak Aji tanam sederet, cuma kena rajin pangkas agar rajin berbunga.

      Delete
  2. Ya Allah MakAji... kakak ni mata kalau tengok bunga tak cukup sekali tengok asyik klik ke atas ke bawah berkali-kali. Bunga ros dan bunga raya koleksi kakak jadi kalau tengok yg tak ada tu geram aje mata ni tau..

    Cantik sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Alhamdulillah memang cantik anugerah Allah ini untuk kita nikmati ini! Juga seronok tukang kebun apabila pokok bunga memberi respons positif dengan belaian kita apabila menghasilkan kembangnya!

      Delete
  3. salam mak aji,,wah banyaknya bunga kembang setaman,,macam2 kaler ada,,seronok cuci mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      Sambil berkebun kita cuci mata dengan bunga, baru bersemangat kita berkebun!

      Delete
  4. Salam. Hee sukan pun tengok bunga-bunga yang cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tiga lalat,

      Selamat berkenalan dan selamat berkunjung ke sini. Bunga-bungaan penghibur hati tukang kebun!

      Delete
  5. Mexican Sunflower ke tu Mak Aji ;).
    Dah hujan tak singgah pula sekarang ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Yang bunga entah apa ke namanya tu ya? Mak Aji memang tak tahulah. Yalah agaknya, yang pasti Diana yang lebih tahu!

      Delete
  6. Assalam Mak aji,

    amboi2...cantiknya bunga2 yang mak aji tanam. rose tu alahai...cantiknya. double petal plak tu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Double petal ya namanya. Entahlah Mak Aji main tanam je, x tau apa nama pun.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...