As-salam.
Kalau Mak Aji ternampak taburan kismis yang terhasil secara tidak sengaja dek kerana buah anggur yang berada di atas pergola tidak terperasan dek Mak Aji, itu biasalah. Namun begitu, kalau buah jambu air yang terdapat sekitar pergola, itu sesuatu yang luar biasa! Mana ada Mak Aji tanam jambu air??
Jambu air yang entah dari mana datangnya! |
Ini ada sebiji lagi bersama-sama buah ceri (tempatan). |
Apabila teringatkan tupai yang banyak berkeliaran di laman, Mak Aji agak ini kerja tupai! Tupai bukan sahaja meninggalkan najis mereka di merata laman, malah diangkutnya sekali buah dari entah laman siapa!
Kalau Pak Aji tuai buah betik dan dibiarkan seketika di meja batu di laman, alamat adalah yang akan berpesta buah betik - kalau tidak tupai, burunglah! Pernah juga suatu ketika tupai masuk ke dalam rumah dan sudah mula menjamu selera dengan pisang masak yang diletak di meja makan! - itu sudah lebeh!!
hehehe..takde rezeki kita. Kemain seronok mereka berpesta..kemainn..
ReplyDeleteSalam Chot,
DeleteKadang-kadang geram juga hati ini melayan karenah tamu yang tak diundang ini! Apapun kalau dah bukan rezeki kita, kena reda sajalah!
hahaha pandai dia tinggalkan bahan bukti kat rumah mak aji ya..tp part yg tupai masuk rumah tu mmg dah overrr..hahaha
ReplyDeleteSalam Juls,
DeleteJadi ejen CSI sekejap Mak Aji ni! Memang ya tu! Mak Aji pun pernah kena sergah dek monyet yang dok bertenggek lat bumbung sekali dulu. Cabut lagi menggigil2 takut. Langsung panggil anak bujang suruh halau. Dia tengok lelaki je dia cabut. Dengan kita dia tunjuk gigi yang tak tahan tu!