About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label kawasan baru. Show all posts
Showing posts with label kawasan baru. Show all posts

Thursday, 2 May 2013

Kawasan Baru Diteroka Sudah

As-salam.

Sebelum ini Mak Aji ada menyebut usaha untuk meneroka kawasan baru di laman yang tidak mendapat kelulusan big boss (nanti semak, katanya!). Sebelum dia balik dari berpergian, Mak Aji meminta bantuan Boy untuk melaksanakan usaha (larangan) menghijaukan kawasan ini. 

Kawasan ini bersebelahan porch dan di tepi tembok pagar, juga bersebelahan pintu masuk ke dapur (jika ada majlis, tetamu perempuan perlu masuk melalui pintu ini). 

Sampai sahaja Pak Aji ke rumah dia meninjau ke pergola. Dia tercari-cari pokok kacang panjang (Mak Aji buat tidak tahu sahaja). Setelah berkeliling beberapa kali, ditanyanya, "mana pokok kacang panjang?" Mak Aji menjawab, "dia tak mahu dok kat situ, dia nak dok kat sana," sambil menunjuk kawasan baru! Pak Aji tersenyum sambil mengeleng-geleng kepala! "Kenapa tak letak tepi katil aja," katanya sambil tersenyum!! 

Amaryllis serta ros juga menghuni kawasan baru di tepi pagar.
Peneroka awal kawasan baru.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...