About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label bunga cantik. Show all posts
Showing posts with label bunga cantik. Show all posts

Friday, 8 August 2014

Bunga-bunga Raya

As-salam.

Seperti lazimya, raya, raya juga, bunga, bunga juga! Mak Aji tentunya ke mana-mana 'bersenjatakan' kamera digital yang kompak dan senang di bawa ke sana ke mari untuk tujuan merakam apa sahaja yang boleh dijadikan bahan berita cerita/entri dalam blog ini (maaflah ya, perasan semacam wartawan pula tadi!) 

Sepanjang beraya di kampung Mak Aji memerhati sahaja bunga-bungaan menarik untuk dikongsikan di sini. Layanlah ya:

Cantik, kan! Entah apalah nama orkid ni!
Yang ni agak lazim ditemui tetapi warnanya cukup cantik!
Banyak ros yang kembang, tinggi dan subur pokoknya!
Tiga foto di atas dirakam di rumah pak cik Mak Aji di Wakaf Che Yeh manakala semua foto berikut dari rumah mak tiri Mak Aji di Pasir Puteh. Foto terakhir dirakam di rumah pak cik Mak Aji yang satu lagi, juga di Wakaf Che Yeh.
Tambah kapsyen
Tambah kapsyen
Ini tentunya bukan bunga - buah nona seri kaya - menunggu ranum.
Cantik, kan, pertama kali melihat bunga ini, entah apa namanya?
Creeper ini Mak Aji ambil keratannya - harap hiduplah dia dan menjadi secantik ini!

Mak Aji suka bunga adenium ni, terutama yang pelbagai warna dan berlapis-lapis seperti ini! Entah bilalah rezeki untuk memilikinya!?


Geram aje tengoknya!

Sekian bunga-bungaan di kampung edisi raya 2014!



Tuesday, 28 January 2014

Apa Gerangan Nama Bunga Ini??

As-salam.

Lewat pagi tadi Mak Aji serta beberapa kawan hadir kelas pengajian di TTDI Jaya, Shah Alam. Elok sahaja keluar dari kereta terpandang oleh Mak Aji akan pokok bunga ini. Cantik bunganya yang putih bersih! Terlupalah pula untuk menciumnya untuk mengetahui sama ada wangi atau tidak! Cuba lihatkan:

Semacam melur pun ada, putih bersih warnanya. Apakah namamu wahai bunga yang cantik??

Perhatikan kudupnya serta bentuk daunnya. Belum dapat Mak Aji kenal pasti namanya.
Ini pula pokoknya - kurang terang sebab semak sedikit.
Ada sesiapa yang tahu nama bunga ini agar dapat kita sama-sama beroleh pencerahan??




Monday, 6 January 2014

Lain Padang Lain Belalangnya

As-salam.

Salam tahun baru juga diucapkan terutama kepada pengikut baru Mak Aji! Mohon berbanyak maaf kerana sudah agak lama tidak 'ke udara' - bermacam kekangan - ada tamu datang berkunjung silih berganti, jadi melayan makan minum merekalah kerja Mak Aji selain tentunya melayan si kecil, cucu Mak Aji. 

Ini merupakan entri tertunda hasil 'tangkapan' semasa di Palestin dan Israel tempoh hari dan juga tidak terkecuali, Jordan. Sebenarnya Mak Aji mahu sahaja rakamkan banyak-banyak foto, cuma kekangan dari segi cuaca cukup menghambat - hujan dan juga selepas itu salji pula. Sekadar ini sahaja foto untuk perkongsiaan kali ini.

Berikut beberapa foto di luar sebuah restoran di Jordan:

Sejenis pokok succulent yang menarik!
Ini bunga atau daunnya ya?? Rupa berkelopak macam bunga.
Hujung kelopaknya merah, cantik, kan!
Rose hip.
Ini pokok rosnya yang ada hanya satu kuntum bunga dan selebihnya rose hipnya.

Berikut sedikit maklumat tentang rose hip yang Mak Aji kutip dan terjemah dari Wikipedia:

Rose hip, yang dikenali juga sebagai rose haw atau rose hep, merupakan buah daripada pokok ros, yang lazimnya warna bunganya oren hinggalah merah. Namun begitu ada juga yang warnanya dari ungu gelap hingga ke hitam (untuk spesis tertentu). Rose hip terbentuk selepas pendebungaan pada bunganya semasa musim bunga atau awal musim panas, dan akan masak pada hujung musim panas hinggalah musim luruh.  

Berikut pula foto yang dirakam di perkarangan Masjid al-Jazzar, di Akko, bandar yang besempadan dengan Lubnan:

Pokok limau menghiasi laman masjid!
Pokok kurma juga ditanam di laman.
Pokok tumpang yang menumpang dan mendominasi pokok kurma!
Pokok bunga raya merah pun ada! Lihatlah betapa besar batangnya!
Pokok zaitun di belakang Pak Aji entah berapa tahunlah usianya! Mak Aji diberitahu pokok ini boleh
menjangkau beribu-ribu tahun!
Bunga ros di atas kepala Mak Aji - subur pokoknya!
Foto-foto berikut dirakam di sekitar laman Masjid Mahmoudiyah di kota Jaffa, sebuah kota lama bersebelahan kota Tel Aviv:

Mak Aji rasa kita pun ada pokok bunga ini kalau di Cameron Highlands atau Bukit Fraser. Cantik pinknya!
Bunga ros oren tersekit di celah dedaun! Wangi baunya!
Ini pula yang versi  fuschia!
Dari jauh tak nampak cantiknya tetapi, ....
Dari dekat, cantik!
Pokok sukulen berikut Mak Aji rakam ketika berziarah di sebuah bukit di Jordan, tempat yang Nabi Musa dikatakan sesat selama 40 tahun di dalam kebun zaitun!:

Pokok ini ditanam di luar pagar kawasan.
Ini bunganya dari dekat.
Walaupun tajuk entri menyatakan lain belalangnya, namun ada juga yang 'belalang'nya sama dan hampir sama! Namanya pun belalang ya, he he!!



Wednesday, 25 September 2013

Bunga-bungaan di PICC

As-salam.

Pada hari Ahad lepas Mak Aji dan Pak Aji ke PICC Putrajaya untuk meraikan majlis konvokesyen anak kedua kami, Boy (Muhammad Firdaus). Dewan PICC cukup indah tersergam dan yang Mak Aji paling suka hiasan bunga-bungaan di hadapan pentas itu. Perhatikan:

Cukup cantik dan unik sekali gubahan bunga memanjang ini!
Mak Aji rasa bunga segar dan bukannya bunga tiruan!
Abaikanlah sahaja kepala orang yang terjongol tu, tengok bunga sudah ya!
Gubahan bunga sepanjang lebar pentas itu memang cantik sekali!
Semasa di situ juga kami mengambil peluang berjalan di kawasan taman di antara dua bangunan, semacam indoor garden.  Saksikan beberapa foto orkid yang dirakamkan:

Semacam perempuan berambut blond dan berpakaian warna ungu!!


Memang cantik-cantik orkidnya tetapi tanaman lain agak kurang segar, malah (sayangnya!) ada yang nampak hampir kering - mungkin dek cuaca yang memang panas sehari dua ini.



Saturday, 10 August 2013

Tanaman di Laman Orang

As-salam.

Mak Aji ingin berkongsi lagi beberapa lagi foto sekitar laman rumah bapa saudara Mak Aji. Layan:

Cukup besar kembang orkid ini!
Orkid lagi yang kembangnya juga besar menawan.
Orkid yang memang unik dengan warna yang cukup ceria!
Entah apalah nama bunga ini ya??
Cukup banyak halia bara ini. 
Juga halia bara yang bunganya bersaiz lebih besar daripada yang di foto atas.
Semacam orkid juga.
Ini pokoknya yang bunganya di bawah.
Merahnya mak ngah!!
Jauh melepasi ketinggian Mak Aji!
Mak Aji sempat kecek pokok ini yang cukup banyak anaknya.
Pokok lotus yang menunggu kembangnya.
Bunga ungu yang agak unik bentuknya. 
Mak Aji panggil 'kobis air' aje tanaman ini, betul ke??
Punyalah subur pokok kantannya, banyaklah pula bunganya! Ini sebahagioan sahaja.
Pokok lada hitam memanjat tembok.
Daun kadok subur menghijau.
Kesum saiz gergasi - menumpang baja orkid yang menitis ke bawah!
Suburnya pandan.
Daun sup di sudut dapur.
Tidak terakam sebenarnya (kalau diikutkan) berapa banyak pokok yang ada di kitchen gardennya sahaja. Ada rosemary, basil, ..... panjang senarainya! 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...