As-salam.
Pada hari Ahad lepas Mak Aji dan Pak Aji ke PICC Putrajaya untuk meraikan
majlis konvokesyen anak kedua kami, Boy (Muhammad Firdaus). Dewan PICC cukup indah tersergam dan yang Mak Aji paling suka hiasan bunga-bungaan di hadapan pentas itu. Perhatikan:
|
Cukup cantik dan unik sekali gubahan bunga memanjang ini! |
|
Mak Aji rasa bunga segar dan bukannya bunga tiruan! |
|
Abaikanlah sahaja kepala orang yang terjongol tu, tengok bunga sudah ya! |
|
Gubahan bunga sepanjang lebar pentas itu memang cantik sekali! |
Semasa di situ juga kami mengambil peluang berjalan di kawasan taman di antara dua bangunan, semacam
indoor garden. Saksikan beberapa foto orkid yang dirakamkan:
|
Semacam perempuan berambut blond dan berpakaian warna ungu!! |
Memang cantik-cantik orkidnya tetapi tanaman lain agak kurang segar, malah (sayangnya!) ada yang nampak hampir kering - mungkin dek cuaca yang memang panas sehari dua ini.
sejuk mata memandang..
ReplyDeletepasti geram tengok bunga menghiasi di depan pentas tu.. 'kalaulah dapat..'
Salam Aizamia3,
DeleteMemang geram tengok gubahan yang cantik tu. Lepas tu teringinlah kononnya kalau boleh untuk membuat yang lebih kurang serupa dengan itu! Boleh saja kita cuba ya!
salam makji
ReplyDeletesempat jugak tuh berphotoshoot bunga2an dlm pada berkonvo yer..nielah pencinta bunga sejati..:)
Salam Ummuaidan,
DeleteKonvo, konvo juga, bunga, bunga juga, he he! Mata ni dah diorientasikan begitulah agaknya!
cantik-cantik mak aji..combination color suka tgk...bila lah boleh nak bela orkid ni...
ReplyDeleteSalam Nadia,
DeleteSetuju sangat tu, cara dia kombinasikan bentuk, saiz dan warna bunga untuk menghasilkan finished product yang sebegitu spectacular! Mak Aji pun ada satu je lagi pokok orkid, tak berapa serasi agaknyalah.
Cantiknya bunga2 tu mak aji...great idea untuk patch bunga ni....:)
ReplyDeleteSalam Lynna,
DeleteMemang betul tu, idea bagus untuk patch bunga! Dok terbayang2 dah di ruang mata nih! Berangan jangan tak berangan!