As-salam.
Apa kata kita main teka-teki pada pagi yang dingin dan nyaman ini! Kalau di mantan ofis Mak Aji dahulu, apabila cuaca sejuk kerana musim hujan begini, alamat bergulung dan berselimutlah masing-masingnya - musim saljilah katakan!
Ok, kembali kita kepada tajuk entri kali ini. Cuba layan foto ini!:
Cantik bukan! Namun, apakah gerangan bunganya??? |
Semacam daisy pun ada, bukan! |
Oklah, tidak usah suspens lama-lama sangat. Jawapannya: bunga salad cina daun tajam manis beraroma! Sesiapa yang betul jawapannya bolehlah share foto ni (yang tidak menangpun boleh juga, syyy!)
salam makji,
ReplyDeletesalad cina yer..mcm sayur lak namanya..hehe..
apapun mmg cantik bunga nie..
Salam Ummuaidan,
DeleteMemang sayur pun! Benihnya drp En. Iskandar dr blog tanam sendiri. Sedap dimakan mentah, pedas2 sikit. Tak sangka pulak bunganya cantik!
kalau salh tgk, macam bunga carnation pulak, bunga kuning mmg cantik
ReplyDeleteSalam Rose,
DeleteMemang ada rupa bunga carnation tang hujung kelopaknya, cuma kalau carnation banyak lapis kelopaknya, kan! Kecik je bunganya tapi memang cantik.