About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label mulberi. Show all posts
Showing posts with label mulberi. Show all posts

Wednesday, 17 December 2014

Tuaian Hari Ini

As-salam.

Buah mulberi mula memberikan hasilnya sejak selepas dipangkas tempoh hari. Dengan cuaca hujan sekarang cukup meriah buahnya di pokok. Berikut hasil tuaian mulberi pada hari ini.

Tuaian mulberi dan seperti biasa tuain bunga telang.
Sekitar petang tadi Pak Aji menuai pula sebiji mangga Mahathir yang masih muda. Dipetiknya terlebih dahulu sebelum gugur, seperti juga mangga cokanan yang dipetik semalam:

Ini mangganya.
Berat hampir mencecah sekilo.

Sayang sekali mangga Mahathir tidak sempat cukup matang - Pak Aji tidak sanggup mengambil risiko tidak dapat menikmati buahnya yang dkhuatiri akan gugur begitu sahaja - bertambahlah stok bahan untuk membikin mangga asam boi!




Friday, 8 August 2014

Lebih Sihat, Lebih Jimat

As-salam.

Beberapa hari sebelum raya, Mak Aji ke pasar raya untuk membeli keperluan dapur dan Mak Aji terjumpa jus mulberi hitam berikut yang dijual. Agak terkejut juga Mak Aji bila melihat harganya!:

Jus mulberi organik tanpa gula.
Harganya boleh tahan ya! Jadi bagi kita yang ada menanam mulberi tu, cubalah bikin jus/sirap mulberi sendiri yang tentu sahnya lebih menyihatkan dan lebih menjimatkan! Berikut sirap mulberi yang Mak Aji bikin sendiri - tahan sebentar sahaja sebab semua ahli keluarga menyukainya!:

Yang bikin sendiri tentu lebih jimat!



Wednesday, 28 May 2014

Stok Simpanan Mulberi

As-salam.

Buah mulberi sudah tiga kali dipetik. Ada ketika buahnya tidak sebanyak mana, seperti yang dua kali yang sudah dibuat stoknya. Alhamdulillah rezeki mulberi pada hari ini cukup lumayan, jauh lebih banyak daripada stok sedia ada:

Tuaian mulberi bersama-sama dua batang kacang panjanggg serta dua jenis cili api.
Stok daripada dua kali petik.
Keseluruhan stok mulberi - masuk terus ke freezer!
 
Insya-Allah buah dipokok boleh dibuat tuaian sekali dua lagi sebelum habis. Setelah itu dahan-dahan akan dicantas lagi untuk menggalakkan pertumbuhan tunas dan juga buah baru. Nanti bolehlah Mak Aji cuba untuk masak pucuk mulberi pula! 



Friday, 1 November 2013

Rezeki Pagi Jumaat

As-salam.

Cuaca agak sejuk, segar dan dingin dengan hujan sekali-sekala. Sebelum hujan turun sempatlah Mak Aji mengutip sedikit hasil dari laman:

Buah mulberi, bunga telang serta cili ungu.
Amacam, cantik tak? Ini kerja orang yang tak ada kerja!
Kali ini bunga telang paling banyak sekali bunganya dan kalau selama ini projek menyirap asyik tertangguh sahaja, maka ini masa terbaik untuk menyirapnya.:

Cuma dapat seperempat botol sahaja sirapnya. Cantik birunya ya!
Sekali pandang warna biru sirap ini, teringat Mak Aji zaman sekolah dahulu kala apabila ada ketikanya baju sekolah diletakkan nila agar lebih cantik. Silap haribulan, jika terlebih banyak nila, baju putih bertukar biru pula! 

Sebelum merasa sirap bunga telang, Mak Aji mengingatkan diri agar jangan lupa untuk buat magic yang diajar En. Iskandar dari blog Tanam Sendiri. Apabila sirap diperah sedikit air asam limau nipis, tadaaaaaa, ini hasilnya!:

Cantiknya ungumu!! Mana ada sirap ungu yang secantik ini???
Sekembali Pak Aji dari masjid untuk solat Jumaat, Mak Aji mempelawanya minum air sirap ungu ini dan dia membuat muka pelik - "air apa ni??" 

Terbukti air sirap ungu cukup sedap! Anda yang belum pernah cuba mesti kena cuba tau!

Mak Aji tidak sabar-sabar untuk membuat magic ini kepada cucu-cucu nanti! Pasti mereka kata Tokma mereka hebat!! (he he).




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...