About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label pokok mangga. Show all posts
Showing posts with label pokok mangga. Show all posts

Thursday, 20 February 2014

Pokok Mangga Mahathir Lagi

As-salam.

Setelah pokok mangga Mahathir berbuah sulung tempoh hari, Pak Aji membuat pangkasan lagi. Baja tahi ayam ditaruh dan siraman juga dibuat sekurang-kurangnya sekali sehari. Alhamdulillah hasilnya - banyak ranting yang menghasilkan pucuk baru dan bunga! 

Pokok berbunga, berbunga juga hati Mak Aji!
Kelopak bunganya pink! Nampak tidak buah kecil tu?!

Pokok mangga Mahathir.
Selain pokok besar ini, kami ada lagi satu anak pokok pemberian kakak Mak Aji. Alhamdulillah subur pokoknya:

Anak pokok mangga Mahathir.
Semoga kedua-dua pokok akan memberi hasil lumayan, bolehlah dikongsi-kongsi rezekinya nanti, insya-Allah!




Thursday, 5 September 2013

Petua Agar Pokok Mangga Berbuah

As-salam.

Semasa berkunjung ke rumah bapa saudara Mak Aji tempoh hari, Mak Aji berborak-borak tentang hal pokok dengannya dan Mak Aji bertanya mengapa satu pokok mangga kami walaupun sudah besar (usia sekitar 3 tahun) pokoknya enggan berbuah. Berikut katanya:

Pastikan agar batang serta ranting-ranting utamanya bebas daripada daun dan agar angin boleh lalu di celah-celahnya!

Sebenarnya Mak Aji sudah beberapa kali meminta Pak Aji pangkas ranting-rantingnya agar merendang dan tidak terlalu tinggi. Juga kerana untuk memberi laluan cahaya kepada pokok-pokok rendah di sekitarnya dan agar kalau ada rezeki mahu dia berbuah. Pak Aji pula enggan sebab katanya pokok itu akan lambat berbuah sebab pokok mangga ini besar saiz buahnya (semacam bunting gajah ya??!). 

Elok sahaja kata-kata itu keluar dari mulut pak cik tu, Mak Aji menjeling Pak Aji (dengan isyarat mata, I told you so!!) Balik sahaja ke rumah Pak Aji terus membuat pangkasan yang disarankan dan semalam Pak Aji memberi maklum pokok itu sudah keluar bunganya!! Yesss, menjadi petua ini! 

Pokok mangga besar di sudut laman. (Sila abaikan lampu yang menyala siang-siang buta tu,
sudah berbuih mulut Mak Aji call TNB, tak datang2 mereka untuk membetulkan timernya!).
Puas kami tunggu, akhirnya berbunga juga dia! Harap akan berhasil menjadi buah, insya-Allah!

Berikut pula foto hasil tuaian mangga daripada tiga pokok lain yang jauh lebih muda usianya daripada pokok mangga yang besar di foto atas!:


Mangga cokanan yang sudah dituai dan masih banyak lagi di pokok! 



Saturday, 9 February 2013

Anak Benih

As-salam.

Beberapa ketika dahulu Ummuaidan ada meminta agar Mak Aji beri update tentang benih pokok kemboja Jepun. Sebenarnya benihnya dari kelongsongnya pecah semasa Mak Aji balik kampung. Balik-balik sahaja sudah selesai dan benihnya berterabur entah ke mana. Lihatlah:

Kelongsong benih kemboja Jepun.
Sebelum kelongsong pecah.
Anak benih kemboja Jepun.

Anak benih mangga besar yang dibawa dari kampung.
Anak benih cili ungu juga dari kampung.

Moga anak-anak pokok tumbuh subur hingga membuahkan hasil dalam bentuk bunga mahupun buah!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...