About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label bunga kemboja. Show all posts
Showing posts with label bunga kemboja. Show all posts

Monday, 11 August 2014

Bunga Beraya di Laman Sendiri

As-salam.

Kalau sebelum ini dipaparkan bunga-bungaan semasa Mak Aji beraya di kampung, maka di sini pula bunga-bungaan di laman sendiri pula:

Kalau sudah namanya raya, bunga raya dahululah ya!
Kemboja merah sedang banyak berbunga.
Cantik dan meriah sekali warna bunga kembang pukul 4 warna deep pink ini!
Pun bunga kembang pukul 4 warna kuning dengan belak-belak merah!
Bunga melur pun mahu beraya juga.
Bunga kenanga yang mewangi suasana raya yang belum habis lagi!
Sekadar itu perkongsiaan kali ini!


Saturday, 10 May 2014

Kemboja Merah Jambu

As-salam.

Beberapa hari lepas jiran memberi keratan pokok kemboja merah jambu - dia siap tanya Pak Aji mahu ditanam di mana dan selepas itu tolong gali lubang dan tanamkannya juga, alhamdulillah! Daunnya tidak dibuang langsung. Sehari dua kelihatan daunnya sedikit layu tetapi selepas itu kembali segar dan siap berbunga lagi! Alhamdulillah cuaca juga membantu sebab Mak Aji tidak perlu siram pun!

Cantik bukan warnanya!!
Buat masa sekarang ada dua warna kemboja di laman, merah gelap dan merah jambu ini. Satu lagi pokok kemboja pemberian Diana KBB, Mak Aji lupa pula apa warnanya sebab pokoknya belum berbunga lagi. Harap-harap kuninglah pula!





Thursday, 10 April 2014

Warna-warna Ceria di Laman

As-salam.

Kembang sahaja bunga yang berwarna-warni di laman, maka berbunga jugalah hati Mak Aji. Mari kita lihat bunga apa yang menceriakan laman pada hari ini:

Warna amaryllis yang cukup menggembirakan hati!

Bunga siantan/ixora.


Walau cuma putih warnamu harummu tetap memikat hati!
Kemboja Jepun juga cukup meriah warnanya.
Bunga kemunting yang manis!
Akar dani yang tidak tahu berhenti berbunga dan mewangi lamanku!


Kembang kemboja ini juga sudah berbulan menghiasi laman.
Bunga trumpet yang menjalar di pergola.
Alhamdulillah tidak berbudi pada tanah - pokok bunga membalasnya dengan bunga-bungaan yang menceriakan tuannya!



Wednesday, 29 January 2014

Pagi yang Dingin dan Nyaman


As-salam.

Sekitar jam 8.30 Mak Aji keluar ke laman untuk menyiram pokok. Sebelum keluar rumah pun terasa cuaca cukup nyaman dengan suhu 24 darjah Selsius pada waktu itu. Terasa seperti berada di negara empat musim di kala musim luruh (tanpa angin sejuknyalah). Kalaulah hari-hari begini bukankah bagus ya! Menyiram pokok serta berkebun tanpa perlu berpanas! Ketika ini suhu sudah mendaki ke angka 29 darjah Selsius, masih agak tidak panas.

Dalam cuaca nyaman ini sempatlah Mak Aji berkebun dengan selesa tanpa banyak berpeluh sampai lencun basahnya. Banyak kerja tertangguh dek kesibukan mengurus cucu sepenuh masa. Ketika anak dara Mak Aji sedang bercuti beberapa hari ini sempatlah Mak Aji keluar ke laman. Layanlah beberapa foto sekitar laman pada pagi ini:

Nampak tidak bahagian yang terkeluar itu - masih belum sempat lagi Mak Aji menggunakannya
sebagai sebahagian ramuan salad!
Yang ini pula besar saiznya.
Penuh bunga tanpa daun!
Kemboja sedang kembang.
Akar dani kembang mewangi.

Seronok melihat kemboja Jepun berbunga selepas sekian lama.
Anthurium pun tengah galak berbunga.





Saturday, 13 April 2013

Yang Sedang Kembang

As-salam.

Pokok akar dani sedang kembang bergugus-gugus banyaknya di laman. Cukup ceria dibuatnya:



Bunga melur ini juga (seperti juga bunga anting-amting puteri) tidak berhenti-henti berbunga.


Perhatikan tiga tona warna pada bunga kertas ini. Sayang untuk dipangkas, tunggulah sehingga selesai berbunga nanti.


Bunga kemboja juga tidak mahu kalah.


Bunga kenanga di bawah cukup lebat bunganya tetapi sayang agak kurang wangi.





Friday, 29 March 2013

Kembang di Laman

As-salam.

Lama sungguh rasanya blog ini bersawang. Antara lainnya Mak Aji kurang sihat selepas balik dari menziarah anak, juga sakit badan sebab terjatuh gara-gara mengikat money-plant ke pergola - baru sahaja diperbetul penjajaran diri semasa balik kampung beberapa hari lepas. Ini dia money-plant yang 'bertuah' itu:

Nampak tidak tali rafia yang mengikat money-plant ke tiang melintang pergola? Money-plant bertuah, tuannya sahaja yang tidak!
Alhamdulillah kesihatan sudah kembali pulih untuk kembali bersiaran. Jom kita layan beberapa foto bunga yang sedang kembang di laman:

Bunga kaktus dari dekat. Baunya sedikit busuk sehinggakan menarik lalat untuk hinggap!!
Kembang pertama pokok kemboja di pasu.
Bunga melur.
Kembang kemboja segugus.
Lili putih baru kembang.
Perhatikan pollennya dari dekat!



Wednesday, 6 March 2013

Yang Bakal Menyeri

As-salam.

Di laman ada pokok bunga yang baru keluar kudupnya yang tidak lama lagi akan mengeluarkan bunga. Antaranya bunga kesidang, bunga daun tujuh bilah warna ungu, bunga kaktus dan bunga kemboja. Jangan pula kembangnya ketika Mak Aji tiada di rumah! (ziarah anak di Surabaya dari 9-13 Mac) Ini dia:

Kesidang.
Jarum tujuh bilah warna ungu.
Kaktus baldu warna merah darah ikan.
Kemboja merah.




Wednesday, 7 November 2012

Kemboja Along

As-salam.

Sesampai kami ke rumah Along (anak sulung Mak Aji), tidak sabar dia menunjukkan pokok bunga kembojanya yang berbunga sulung. Saksikan:

Pokok kemboja di luar pagar, di hadapan rumah,
Kelopak bunganya agak sedikit kurang cantik susunannya. Mungkinkah kerana bunga sulung? Apapun, baunya harum lembut!

Tuan pokok bunga cukup teruja dengan pokoknya yang berbunga! Semoga semakin rajin bertanam, insya-Allah.


Wednesday, 5 September 2012

Bunga Pengubat Hati

As-salam.

Semasa kami bergegas untuk menghantar anak-anak kembali ke Surabaya usai solat Subuh tadi, Mak Aji perasan yang bunga pokok jarum tujuh bilah ada dua kudup yang akan kembang. Tidak sempat pula mengambil fotonya. Sekembali kami ke rumah bunga sudah pun kembang. Masya-Allah punyalah cantik dan meriah warnanya! - sedikit sebanyak boleh mengubat hati yang sedih kerana anak-anak kembali menyambung pengajian mereka!! Saksikan bunga kembang pengubat hati:

Masya-Allah begitu cantik ciptaan-Mu!
Dari sisi.
Pokok yang segar walau hanya di pasu.

Pokok kemboja yang mula kembang pada awal Syawal masih berkembangan lagi:


Bunga kemboja.
Bunga melur pun mula kembang.

Alhamdulillah melihatkan bunga-bunga ini terubatlah sedikit sebanyak hati ini!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...