About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label ros Jepun/portulaca. Show all posts
Showing posts with label ros Jepun/portulaca. Show all posts

Thursday, 23 October 2014

Yang Pelik itu Menawan

As-salam.

Mak Aji cukup suka menikmati keindahan bunga RJ yang memang cukup meriah bunganya. Sambil memerhati Mak Aji terpandang sekuntum yang warnanya berbelak-belak, agak luar biasa sekali!:

Cantik, kan! Gabungan merah dan merah jambu!
Berikut pula RJ yang meriah berbunga:


Manis, kan warna pic ini!
Gabungan pelbagai warna.


Mak Aji mahu kongsikan juga bunga pukul 4 yang warnanya juga berbelak:

Comel pula apabila sekelopak sahaja yang merah sementara yang lainnya kuning! Ini warna bendera Selangor!




Sunday, 12 October 2014

Hasil Tangkapan Semalam

As-salam.

Salah satu pokok Mak Aji yang berada di pintu pagar, pecah pasunya. Maka (dengan suka hatinya!) Mak Aji 'terpaksa' ke nurseri untuk mencari ganti. Alang-alang ke nurseri takkan beli pasu sahaja, bukan?! 

Harga pasu boleh tahan mahalnya (fahamlah pasu naik lori, minyak mahal! Isyyy!!) dan Mak Aji beli hanya sebiji sahaja. Dalam proses mengintai-ngintai pokok (di sebuah nurseri berhampiran Hospital Sungai Buloh) maka terlihatlah Mak Aji akan pokok bunga ini di dalam longkang (mengharap dapat percuma!) dan yang di dalam polibeg kecil (anaknya) RM3 sepokok. Mak Aji tetap mahukan yang di longkang dan apabila ditanya, jawabnya RM5 untuk 2 pokok! (sorilah, takde percuma, percuma ya!). Lihatkan, comelkan!:

Si cantik manis, mexican petunia merah jambu!
Dua pokok ini yang RM5 tu (patutnya percuma aje, kan, kan, kan!!!)

Mak Aji menyinggah beberapa nurseri yang menjual pasu dan setelah mendapatkannya Mak Aji kembali ke rumah mengikut jalan lain (pun ada nurseri sekitar situ). Mak Aji meninjau-ninjau kiri kanan untuk mengesan Nurseri Floranika yang rakan-rakan FB sibuk menyebut dan juga kunjungi. 

Nasib Mak Aji baik (memang rezeki tuan nurseri juga walaupun Mak Aji cuma membeli sepokok dua sahaja!) dan tanpa disangka-sangka Mak Aji ternampak papan tanda nurseri itu. Lalu sempatlah Mak Aji membawa balik beberapa pokok:

Pokok bunga sedap malam - cantik dan harum bunganya. Sekali pandang semacam hoya sebab gugusnya.
Walau tak ada bunga, inilah pokok bunga YTT - yesterday, today and tomorrow - kembangnya 3 hari kut?? Katanya wangi bunganya!
Tambah koleksi RJ - yang ini bunganya merah jambu, kembang selapis berbatik! Tunggukan apabila kembangnya ya!
Sekian hasil tangkapan semalam. Mak Aji semak di grup Tangan Hijau di FB, katanya ada rombongan cik kian ke sana tengah hari ini (waktu ini!) - memborong sakanlah kawan-kawan kita ya!!

Insya-Allah Mak Aji ke sana lagi ya Ros Flo (tauke nurseri ini) untuk menambah koleksi!




Barisan RJ yang Menawan

As-salam.

Sejak Mak Aji menggunakan baja hitam merah yang dijual oleh Rose dari Blog Semua Menjadi, alhamdulillah RJ cukup meriah sekali. 

Untuk lebih menikmati keindahan bunganya yang kembang, Mak Aji memindahkan pasu-pasu bunga RJ ke hadapan agar lebih mudah kelihatan dan tidak terselindung. Saksikan:

Deretan RJ-ku.
Siap siaga untuk memeriahkan laman.
Manisnya merah jambumu!
Pujaan hatiku!!!
RJ memang cukup meriah dan mampu menghibur tukang kebun setiap kali keluar ke laman!




Tuesday, 19 August 2014

Koleksi Ros Jepun

As-salam.

Ros Jepun antara bunga yang menghias lamanMak Aji. Walaupun begitu ros Jepun Mak Aji agak kurang menjadi berbanding orang lain yang bunganya banyak merimbun. Walaupun begitu Mak Aji kongsikan juga koleksi yang ada walaupun tidaklah seberapa:

Merah jambu, manis sekali.
Merah menyala, cukup ceria!
Magenta, cukup meriah sekali!
Kuning cair.
Merah jambu.
Putih.

Mak Aji peroleh ros Jepun ini juga daripada rakan berkebun selain yang dibeli di nurseri. Hajat di hati mahu lagi Mak Aji tambah koleksi nan seciput ini.




Saturday, 26 May 2012

Ros Jepun/Portulaca Kembang

Mak Aji hendak berkongsi foto ros Jepun atau portulaca yang sedang mekar. Warnanya cukup cantik walaupun mekarnya tidak lama:

Kelopak berlapis berwarna merah oren.
Kelopak berlapis berwarna fuschia.
Kelopak selapis juga warna fuschia.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...