About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday 25 February 2014

Buah Mahkota Dewa Dimanfaatkan

As-salam.

Pokok mahkota dewa berbuah dengan lebatnya kali ini. Untuk tidak membazir lagi, Pak Aji mengutip kesemua buahnya yang masak untuk dimanfaatkan. Setelah dipotong nipis-nipis dan dikeringkan di tengah-tengah panas selama dua hari sehingga cukup kering, berikut hasilnya:

Rupa seperti asam keping.
Alhamdulillah dapatlah sebotol!
Adry, seorang rakan blogger pernah memaklumkan bahawa sekilo buah mahkota dewa yang siap dikeringkan boleh mencecah harga RM100 sekilo! (aku kaya, aku kaya!) Apapun setakat ini Pak Aji yang merendamkan sekadar dua keping di dalam air panas (tutup kolenya) dan setelah sejuk sedikit diminum. Mak Aji juga ada meminumnya dan rasanya sedikit masam - alhamdulillah dari segi rasa ok! 

Katanya buah ini bagus untuk mengawal kencing manis serta darah tinggi. Boleh diamalkan untuk mereka yang mempunyai kedua-dua masalah kesihatan ini, insya-Allah.





Layan Diri di SSF - Idea Menarik


As-salam.

Beberapa hari lepas Mak Aji berpeluang ke SSF di Sri Damansara untuk meninjau perabot untuk adik Mak Aji yang ingin membeli perabot rumah yang baru dibelinya tidak jauh dari rumah Mak Aji. Dia diwakili anaknya, anak buah Mak Aji. Setelah membayar perabot yang dipesan, Mak Aji mengambil peluang meninjau-ninjau sambil menjamu mata. Layan beberapa foto yang menarik berikut:
Rak berupa tangga yang cantik untuk menempatkan
pasu-pasu kecil.
Pasu yang boleh digunakan untuk disangkut pada beranda!
Harganya RM29.90 setiap satu.
Cantik, kan!
Satu lagi idea pasu untuk beranda.
Ada cangkuk di belakangnya untuk dicangkuk ke beranda.
Tengok bunga tiruan ini terasa berkenan tetapi apabila merujuk
harganya, kirim salam sahajalah!


Thursday 20 February 2014

Pokok Kacang Renek

As-salam.

Setelah merendam biji benih kacang panjang renek (tidak perlu pancang) selama sehari dua di dalam bekas di tepi singki, maka keluarlah tunasnya. Setelah dipindahkan ke pasu inilah anak pokoknya:

Semoga menjadilah pokok kacang pada kali ini, insya-Allah!


Projek Lampu Laman

As-salam.

Pak Aji memaklumkan bahawa semasa dia membersihkan sudut hujung laman dia perasan yang kawasan tanah sebelah nampak seperti tempat pihak tertentu duduk melepak (kelihatan bekas tempat orang duduk dan pijak). Dia mengagak ada budak-budak menghisap dadah atau budak-budak sekolah menyorok setelah ponteng sekolah (rumah kami dekat dengan sekolah menengah). Pun mungkin juga kerbau pendek?? Mak Aji ada terdengar orang/haiwan berdengus kuat semasa menyiram laman tempoh hari (sebelah pagi)!! Pucat gigi dibuatnya - jangan ada yang menerpa Mak Aji dengan menembusi pagar chain-link sudah!

Ok, berbalik ke cerita asal. Dek kerana itulah projek lampu laman dilaksanakan. Pak Aji mahukan tiang elektrik lama untuk projeknya itu. Maka dibelinya sebatang tiang elektrik. Dalam sakit-sakit belakang dia berjaya menegakkannya sendirian (Mak Aji tanya dia - pakai jin, eh?!) Dibelinya lampu LCD dan beberapa batang paip PVC untuk ditanam di tanah dan tadaaa!:

Lampu laman DIY.
Sebenarnya Pak Aji pasang tiang ini dengan dua kaki - batangnya dikepit dua batang kayu agar tiang ini boleh direbahkan sekiranya mentol perlu ditukar. Yang kelakarnya apabila sambungan wayar dibuat, wayar diletak di dalam paip PVC putih (nampak tidak?), maka mana boleh lagi tiang ini direbahkan lagi?? He he, tuannya sampai sekarang belum perasan lagi!!

Apapun, harapan agar orang atau haiwan tidak akan berkunjung pada waktu malam dek kerana kehadiran lampu ini, insya-Allah!






Awas dengan Kulit Telur!

As-salam.

Beberapa minggu lepas guru Pak Aji datang bertamu di rumah selama beberapa hari. Selama beberapa hari di rumah kami kelas pengajian diadakan beberapa sesi dan anak-anak murudnya juga datang bertandang. Dek kerana itu Mak Aji tudak sempatlah menjengah blog.

Semasa berada di rumah, guru Pak Aji ada menegur (dia perasan agaknyalah!) agar kulit telur jangan lagi diletak sekitar rumah sebab selain tulang belulang ayam, ikan dan sebagainya, kulit telur juga habuan jin! 

Kulit telur makanan jin juga!

Mak Aji pernah mendapat petua daripada kawan-kaean yang selain uncang teh, kopi, kulit telur juga boleh diletak dipangkal pokok sebagai baja!! Rupa-rupanya kulit telur bukan sahaja menjadi baja, malah menjadi pemanggil jin! Guru Pak Aji juga dapat mengesan bahawa dalam bilik tidur kami juga ada jin perempuan anak-beranak! Berdiri bulu roma Mak Aji. Alhamdulillah sudah diusahakannya supaya jin anak beranak itu berpindah ke tempat lain! Entah-entah gara-gara kulit telur yang ditabur di pangkal pokok anggur yang bersebelahan bilik kami!

Sudahnya, Pak Aji kambus rapi kulit telur agar anasir yang tidak kita suka tidaklah lagi bertandang, insya-Allah! 





Pokok Mangga Mahathir Lagi

As-salam.

Setelah pokok mangga Mahathir berbuah sulung tempoh hari, Pak Aji membuat pangkasan lagi. Baja tahi ayam ditaruh dan siraman juga dibuat sekurang-kurangnya sekali sehari. Alhamdulillah hasilnya - banyak ranting yang menghasilkan pucuk baru dan bunga! 

Pokok berbunga, berbunga juga hati Mak Aji!
Kelopak bunganya pink! Nampak tidak buah kecil tu?!

Pokok mangga Mahathir.
Selain pokok besar ini, kami ada lagi satu anak pokok pemberian kakak Mak Aji. Alhamdulillah subur pokoknya:

Anak pokok mangga Mahathir.
Semoga kedua-dua pokok akan memberi hasil lumayan, bolehlah dikongsi-kongsi rezekinya nanti, insya-Allah!




Monday 17 February 2014

Apa Lagi Mahumu??

As-salam.

Mak Aji cukup seronok apabila melihat rakan-rakan peminat pokok buah dan bunga di FB memuat naik foto orkid harimau/tiger orchid yang galak berbunga. Mak Aji ada juga bertanya kalau-kalau ada petua untuk memujuk pokok yang di laman ini agar berbunga, namun tiada yang mampu memberi jawapan yang pasti. Mak Aji sudah berusaha dengan meletak baja bunga dan juga baja tahi ayam, tetapi setakat hari ini masih belum berhasil. Entah apa lagi yang perlu dilakukan??:

Apa lagi yang kaumahu? 
Mak Aji kawankan orkid harimau ini dengan kunyit hitam agar tidak 'sunyi' - jangan-jangan tidak mahu dia berbunga sebab tidak sukakan kawannya itu? He he, sengaja Mak Aji buat alasan sendiri!

Ada satu lagi pokok yang entah apa lagi mahunya - pokok Disember! Sampai hujung Disember pun memang tiada mahu dia berbunga. Ini pokoknya:

Memang degil kamu ya! Kita tukar namanya kepada nama lain ya!
Ada cadangan??


Cer Teka Bunga Apa!

As-salam.

Mak Aji mahu tunjuk beberapa foto bunga. Cuba teka bunga apa!:


Agak-agak dah tahu ke?
Seperti juga Mak Aji, anda tentu intai rupa bentuk daunnya, bukan! Apa macam?? Kalau tidak tahu juga, ini jawapannya:

Bunga kari!



Sunday 16 February 2014

Sukulen Berbunga Baldu Merah Darah Ikan

As-salam.

Pokok kaktus yang merupakan sejenis sukulen sedang galak berbunga dengan banyaknya. Ada yang baru berputik dan ada yang sudah kembang. Memang cantik bunganya walaupun bukan kumbang yang menterinya tetapi lalat! Agaknya bunga ini sepupu sepapat bunga rafflesia (bunga terbesar di dunia) dari segi sifatnya.:

Walaupun kurang enak baumu, namun rupamu cantik sekali!
Tangkai bunga kaktus ini.
Kudupnya yang belum kembang bersegi lima, umpama star of david.




Wednesday 12 February 2014

Buah Mangga Mahathir Akhirnya Dituai

As-salam.

Dalam cuaca panas sejak seminggu dua ini, kerja menyiram pokok perlu dilaksanakan pagi-pagi lagi sebelum matahari terik. Kalau sudah terik dan kerja menyiram dibuat, alamat migraine akan bertamu! Di sebelah petang pula apabila matahari agak-agak sudah kurang terik barulah Mak Aji keluar lagi untuk menyiram. 

Beberapa hari lepas Pak Aji memetik buah mangga Mahathir - sudah merekah buahnya - kata Pak Aji dek kerana terik matahari - entah ya entah tidak?? Mak Aji meminta Pak Aji membalut buahnya agar lalat buah tidak menghinggap. Pak Aji memberi alasan - tak payah dibalut,  buahnya sudah hampir masak pun! Apapun ini buahnya!:

Ini dia buahnya!
Beratnya 1.4 kg!
Perbandingan saiz buahnya dengan sarung kamera Mak Aji.
Cukup besar hinggakan kerja mengopeknya agak sukar!
Alhamdulillah dapatlah sepinggan besar isinya! 
Cuma Mak Aji sedikit kesal buah ini terpaksa dipetik lebih awal dan tidak dapat diperam agar masak sebab kulitnya sudah merekah dan terdapat juga kesan lalat buah padanya. Sebahagian isinya terpaksa dibuang kerana sudah ada ulatnya.

Apabila buahnya tidak cukup masak, rasanya sedikit masam manis serta lemak. Kalaulah betul-betul masak insya-Allah cukup manis! Tidak mengapalah setakat itu sahajalah rezeki kami sekeluarga!



Buah Anggur Up-date 6

As-salam.

Kuharap anggur sempatlah menjadi rezeki kami, rupa-rupanya rezeki milik pihak lain! Beberapa hari lepas semasa Mak Aji membelek bungkusan buah anggur (belum masak-masak lagi ya, Mak Aji??) ini yang Mak Aji lihat:

Setakat ini sahajalah rezeki kami!
Sudahlah tinggal sebiji, sudah busuk juga yang ini!
Tangkai yang paling banyak buahnya - rezeki bena putih! Hu hu!!
Esok insya-Allah Mak Aji akan jenguk lagi - entah ada lagi atau tidak rezeki kami, wallahualam!!




Bunga Kari

As-salam.

Kalau sebelum ini Mak Aji pernah memaparkan foto bunga pokok kari yang Mak Aji terjumpa di nurseri, kali ini bunga kari sudah ada di laman sendiri! Sebenarnya pokok kari ini baru lepas dicantas kerana diserang serangga apa entah hinggakan hampir keseluruhan daunnya botak. Setelah keluar pucuk baru, keluar sekali selepas itu bunganya:




Entah bagaimana pula rupa kembangnya bunga kari ini ya? Nanti insya-Allah Mak Aji buatkan up-datenya ya!




Pokok Lili

As-salam.

Pokok lili Mak Aji berbunga lagi. Cukup cantik kembangnya. Pernah ada kawan blogger bertanya sama ada bunga ini wangi atau tidak. Mak Aji sudah menghidunya - tiada bau. Rupa sahaja cantik! 

Entah apa jenis lily Mak Aji tidak tahu!? Perhatikan hujung filamennya berwarna ungu!

Ini pula (Mak Aji agaklah) biji benihnya - ada beberapa biji. Bolehlah nanti disemai lagi pokok ini.
Ini yang bercerai dari tangkai gara-gara tupailah agaknya?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...