As-salam.
Pada penghujung Syawal lepas Mak Aji serta anak dan menantu (juga cucu) berkunjung ke rumah rakan blogger Kebun Bahagia Bersama (KBB) yang agak dekat jaraknya dengan rumah Mak Aji. Mak Aji cukup seronok apabila memikirkan ada rakan-rakan blogger lain yang akan hadir sama, terutama sekali yang hanya bersua di alam maya - peluang untuk bersua muka pula!
Cuba teka siapa yang Mak Aji tunjukkan dalam foto berikut:
![]() |
| Sayangnya tuan rumah tiada bersama-sama dalam foto ini sebab sibuk melayan tetamu! Cuba teka siapa gerangan kami!? |
Maaf ya Diana, kononnya selepas itu mahu Mak Aji rakamkan foto kita semua, tetapi hajat tidak kesampaian sebab Mak Aji terpaksa pulang cepat sebab cucu sudah tidur - kasihan pulak budak kecil tu! Dalam mahu cepat terlupa pula untuk rakam lebih banyak foto. Insya-Allah pada lain kesempatan ya!
Mak Aji masih tercium-cium bau harum bunga kemuning yang mengharum laman Diana!
Semoga ikatan ukhwah sesama kita semakin erat, insya-Allah! Sayang sekali Mar dari blog Suka-suka tidak dapat bersama-sama kami kerana arwah suaminya ketika itu kurang sihat.


