About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday 18 February 2013

Lemon Pemberian Diana

As-salam.

Alhamdulillah petang tadi usai makan dan solat Zohor, Mak Aji berkunjung ke rumah Diana dari http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/ . Mak Aji cukup seronok kerana sudah sekitar semingu dua kami berkira-kira untuk berjumpa, cuma petang tadi berhasil!

Kawasan laman rumahnya cukup sejuk, redup dan nyaman dengan kawasan laman yang cukup matang dan pokok-pokok yang sudah besar. Pergolanya cukup Mak Aji suka, merimbun dengan pelbagai pokok, ada yang baru lepas berbunga (akar dani) dan ada yang sedang bergugus-gugus bunganya! Cukup meriah! A far cry from my pergola!

Sebentar berborak di beranda, kami terpaksa masuk sebab hujan turun dan semakin lebat. Seronok berborak, tidak sedar masa berlalu begitu cepat dan Mak Aji terpaksa mengundur diri kerana jam melewati jam 6.00 petang. Tidak berkesempatan Mak Aji meninjau kebun di belakang - insya-Allah lain kali ya Mak Aji datang lagi!

Sebelum balik sempat Diana memberikan buah tangan - buah lemon. Terus teringat Mak Aji akan lemon butter cake! - alamak, ketuhar masih lagi rosak, belum sempat dihantar servis (pun tiada orang yang sanggup membeli yang baru, hu hu!). I'll be seeing a lot of lemonade and ice-lemon tea these few days (kegemaran Pak Aji tu).


Lemon pemberian Diana - terima kasih banyak-banyak Diana!!



11 comments:

  1. Salam makji...
    seronok dpt jumpa rakan blogger yer...tambah2 lah tu dpt lemon yg banyak..dptlah pakji minum ice lemon tea tiap2 hari nanti..heheheh

    ReplyDelete
  2. Salam Mak Aji.. montel-montel lemon tu..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Salam Dini,

      Nak hile gere itulah perah tubik jus banyak2!!

      Delete
  4. Kalaulah rumah Diana tu dekat dgn kakak nak juga kakak mengendeng sama Mak Aji. Kalau ikan bilis goreng+bawang besar goreng+cili padi potong goreng juga lepas tu perah lemon ini makan dgn ikan bakar huuuuiiii.... sedapnya Mak Aji sebab aroma dia tu menyengat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Kalau gitu jom kita dok Sg. Buloh ramai2, he he, boleh ngendeng mengendeng!! Elok baca aja saranan menu tu, terus Mak Aji buat untuk lunch tengah hari semalam, terbukti sedap alhamdulillah, nasi licin kami makan! Terima kasih banyak2. Tunggukan foto lunch semalam ya! Memang menyengat aroma dan rasanya sekali!

      Delete
  5. Salam mak aji,

    Bestnye dapat beramah mesra dengan rakan2 blogger. seronok bercerita sampai ke petang.....hehe. Besar lemon yang diana tanam. Cepat2 baiki oven tu ya...tak pun suruh pak aji beli kan yang baru,tak sabar nk tunggu entry lemon butter cake mak aji. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Itulah pertama kali bertemu mana2 rakan blogger! best kan kalau kita semua dapat jumpa, semacam reunion kawan sekolah dulu! Tentu seronok! Pasal oven, nantikan entri khas pasal itu ya!!

      Delete
  6. Hi, Ummu Madihah!

    That's incredible you have your own lemons! lemons we have in Poland are mostly imported from Turkey or elsewhere.
    So, there is a lemon week at your house I suppose :)

    Have a nice day!

    ReplyDelete
    Replies

    1. A very good morning Dewberry.

      Actually the lemons are not from my garden (though I wish they were!). They were given to me by Diana, our blogger friend from the address below:

      http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/

      You see we live about 4 kilometers away/only about 10-15 minutes drive! Yes, we are having lemon week this week - started off with making lunch using it, have made lemon butter cake and also lemonade! I wonder what next??

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...