About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday 24 February 2013

Ular di Laman, Cabut!!!

As-salam.

Pagi-pagi ini sambil Pak Aji sibuk dengan projek arbor, Mak Aji, dengan kamera di tangan, sibuk merakam foto. Semasa cuba untuk masuk lebih dekat untuk merakam foto bunga raya nan sekuntum yang berada di celah-celah pokok lain, Mak Aji terkejut badak apabila terlihat seekor ular dengan kepala hijau kuningnya terjojol di atas dahan pokok pagar!! Apa lagi, lari 100 meterlah!  Begini rupa ularnya:

        
Begini rupanya!

Apabila Mak Aji menjerit, "ular!" Pak Aji pula sibuk menanya "ular apa?" Mak Aji bukan kisah ular apa, kalau sudah namanya ular, seram!! Terbantut projek pagi ini dan Mak Aji terus masuk ke dalam sahaja -potong stim betul!



                                

10 comments:

  1. Replies
    1. Hi Dewberry,

      I'm actually frightened of snakes, it frightened the wits out of me - though my husband says that it was really harmless!!

      Delete
  2. ular daun/ular pucuk..kata ore kelate...heeh..kalau saya pun cabut lari tak cukup tanah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Mak Aji ni memang penakut kat ular. X kiralah ular apa, kalau yg bisa lagilah. Pernah beberapa kali terjumpa, tedunglah (masa tu dok dlm kereta), ular nak melintas jalan, kita berhenti, dia siap kembangkan kepala lagi! Akhirnya dia mengundur balik ke semak.

      Delete
  3. yer lah makji...ular pucuk tuh..tak ganas..tp kalau sy pun larilah jgk.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Wpun x ganas, tp kalau ular memang takut, geli pun ada. Hah, ada geng gak ni!

      Delete
  4. uih..siap sempat snap pic... terrer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynn,

      Takdelah, ni pak cik google punya, lupa pulak nak letak credit! Bila ternampak aje, tengok betul2 kalau salah pandang. Bila memang sah ular, mengundur terus cabut. Pastu keluar balik nak snap konon tp ular dah belah. Pun x berani masuk rapat, dr jauh je!

      Delete
  5. ular ni mmg suka duk kat pokok..kadang tak prasan sbb color sama dengan daun..dulu selalu ada kat pokok kacang botol umah nenek sy...kadang rasa ok jugak pokok kacang botol sy tak rimbun..kalau rimbun mesti ular suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Selamat kembali dgn selamat! Memang warnanya sama spt daun tmpt dia bertenggek! Seramlah pulak bila Nadia sebut kacang botor. Mak Aji punya pokok tu dekat benar dgn tingkap, takut pula dia masuk rumah!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...