About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label kaktus. Show all posts
Showing posts with label kaktus. Show all posts

Friday, 10 April 2015

Red Velvet Beauty Again

As-salam.

Semalam Mak Aji perasan pokok kaktus sudah hampir kembang dua tangkai. Pada pagi ini bunganya sudah kembang sepenuhnya. Mari kita nikmati keindahannya:




Cantik bukan!



Saturday, 10 May 2014

Kaktus Bulu Kucing

As-salam.

Salah satu daripada kaktus yang dibeli di Cameron Highlands tempoh hari agak unik sebab terdapat bulu umpama bulu kucing yang putih dan lembut pada keseluruhan kaktus itu. Perhatikan:

Bulunya umpama bulu kucing parsi yang panjang!
Masya-Allah begitu unik sekali ciptaan Allah swt! Di bahagian atas tengahnya (yang kekuningan itu) masih ada durinya seperti juga kaktus lain.






Sunday, 30 March 2014

Taman Mini di Meja Kopi

As-salam.

Mak Aji dan Pak Aji baru beberapa hari pulang dari kampung untuk kenduri anak buah Pak Aji di Kuala Krai. Sebelum itu kami menyinggah untuk berehat semalaman di Cameron Highlands. Dek kerana perjalanan kami masih jauh dan kami akan balik semula ke KL dalam tempoh beberapa hari, maka tiadalah dapat Mak Aji membeli apa-apa pokok (takut mati), kecuali beberapa pokok sukulen berikut:

Taman miniku!
Mak Aji beli pokok-pokok ini dengan harga yang rasanya lebih murah daripada di nurseri Sungai Buloh. Yang di rak kiri harganya RM10 untuk 8 pasu (termasuk yang di tengah hadapan). Yang di rak kanan pula harganya RM10 untuk enam pokok. Yang paling hadapan tengah di rak kanan harganya RM4.50 sepasu sebab ketika itu pokoknya berbunga!

Harapan Mak Aji agar semuanya membesar bagai johan! Cuma satu perkara yang perlu diambil perhatian, taman mini ini kena jauh sedikit daripada jangkauan jari-jari halus mulus cucuku Aleesya - sudah diangkatnya satu pokok! Nasib baik yang tidak berduri tajam!  

Suka hati Mak Aji memandangnya setiap hari - menjaganya juga cukup mudah, Mak Aji sembur sahaja air sekali seminggu.



Sunday, 16 February 2014

Sukulen Berbunga Baldu Merah Darah Ikan

As-salam.

Pokok kaktus yang merupakan sejenis sukulen sedang galak berbunga dengan banyaknya. Ada yang baru berputik dan ada yang sudah kembang. Memang cantik bunganya walaupun bukan kumbang yang menterinya tetapi lalat! Agaknya bunga ini sepupu sepapat bunga rafflesia (bunga terbesar di dunia) dari segi sifatnya.:

Walaupun kurang enak baumu, namun rupamu cantik sekali!
Tangkai bunga kaktus ini.
Kudupnya yang belum kembang bersegi lima, umpama star of david.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...