About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label bunga kertas. Show all posts
Showing posts with label bunga kertas. Show all posts

Monday, 11 August 2014

Bunga Kertas 3 Warna Sepokok

As-salam.

Mak Aji ada sepokok bunga kertas yang sudah bertahun di beli. baru Mak Aji perasan yang ada 3 warna pada sepokok ini:

Ada warna ungu terang, ungu lembut dan merah oren (di tengah bahagian bawah foto). 

Mak Aji agak pokok asalnya mengeluarkan warna ungu terang dan padanya dibuat cantuman pokok yang mengeluarkan bunga ungu lembut dan merah oren.

Mak Aji cukup kagum dengan mereka yang membuat sendiri cantuman berbelas jenis warna yang harga pokoknya boleh mencapai harga yang cukup tinggi! Memang berbaloilah dengan usaha yang dilaburkan itu!
Untuk membeli pokok yang harga beratus-ratus itu Mak Aji tiadalah rancangan tetapi kalau ada yang mahu berikan percuma atau dengan harga diskaun, satu laman Mak Aji tadahkan, he he!! (tidak salah berangan-angan, bukan! Rezeki hanya Allah SWT yang tahu!)



Thursday, 17 July 2014

Bunga-bungaan Penghibur Hati

As-salam.

Dalam ketiadaan Pak Aji (yang berpuasa dan beraya dengan anak bongsu di Yaman) ini sunyilah pula rumah ini walaupun ada si kecil Mikhail yang mampu menceriakan suasana dengan gelak tawa serta tangisnya. Apapun Mak Aji ada bunga-bungaan untuk menghibur hati!:

Bunga kemunting!
Bunga kemboja kuning.
Bunga akar dani.
Bunga kertas.
Bunga melati.
Pokok bunga telang.
Bunga fireball lily.
Bunga ati-ati,
Bunga anthurium.
Bunga hempedu bumi.
Bunga gincu.
Bunga kucai.
Bunga telang.
Kudup bunga raya kuning.
Bunga raya kuning.
Bunga muraya/kemuning.





Saturday, 31 May 2014

Sekitar Laman

As-salam.

Mak Aji pernah mencuba bertanam terung tetapi entah mengapa percubaan pertama gagal sebab pokonya mati. Percubaan kedua alhamdulillah berjaya. Pokok pertama pula sudah belajar berbunga. Cantik pula bunga terung ya!:

Cantik manis warnanya, lilac! Entah akan menjadi buah entah tidak?
Ada tiga pokok kesemuanya. Lihatlah daun yang dikerjakan entah apa serangga!
Bunga trumpet besar juga menunjukkan serinya.
Cukup cantik dan meriah sekali, tapi entah apa nama bunganya ya?? Pokoknya pemberian orang - siap berbunga lagi! Terima kasih banyak-banyak!
Muraya atau kemuning juga tidak mahu kalah
Bunga kertas yang ceria dan meriah warnanya.
Di salah satu sudut laman. Spider plant yang menjadi saiz gergasi di bawah teduhan polycarbonate ini.
Last but not least, buah anggur yang menunggu masaknya!:

Anggur yang menunggu matang!
Seronok melayan diri di laman menghijau, dihiasi bunga-bungaan sambil menghirup udara pagi yang segar dan bersih, alhamdulillah!!




Wednesday, 24 July 2013

Bunga Kertas Menyeri di Laman Orang

As-salam.

Mak Aji ke Kajang tempoh hari, bersaing (supaya dapat harga borong yang lebih murah!!) dengan anak Mak Aji yang mendapatkan bekalan kuih raya yang anak Mak Aji jual di sekitar Skudai, Johor. Anak Mak Aji buat bisnes setahun sekali sahaja! Selesai membeli kuih raya, Mak Aji memandu lalu sebuah rumah di tepi jalan utama di kawasan perumahan tersebut dan lihat apa yang Mak Aji lihat!:

Cantik sungguh deretan bunga kertas ini yang berjaga rapi!!
Berikut pula pokok bunga kertas yang terdapat di laman balai polis berdekatan rumah Mak Aji:

Pelbagai warna bunganya!!
Mak Aji perhatikan bahawa setiap kali datangnya musim panas (bukan yang macam di temperate countries ya!) atau kemarau, setiap kali itulah bunga kertas lebat berbunga! Sedap mata memandang.




Saturday, 13 April 2013

Yang Sedang Kembang

As-salam.

Pokok akar dani sedang kembang bergugus-gugus banyaknya di laman. Cukup ceria dibuatnya:



Bunga melur ini juga (seperti juga bunga anting-amting puteri) tidak berhenti-henti berbunga.


Perhatikan tiga tona warna pada bunga kertas ini. Sayang untuk dipangkas, tunggulah sehingga selesai berbunga nanti.


Bunga kemboja juga tidak mahu kalah.


Bunga kenanga di bawah cukup lebat bunganya tetapi sayang agak kurang wangi.





Thursday, 23 August 2012

Bunga Kertas Pelbagai Warna

As-salam.

Selepas bersolat di Masjid Negara Mak Aji sempat merakam foto pokok bunga kertas yang ditanam di dalam pasu dan bunganya pelbagai warna. Saksikan: 

Cantik sekali - kalau di nurseri Sungai Buloh tentu mahal harganya!!



Thursday, 26 January 2012

Galak Berbunga

Pokok bunga kertas yang satu ini memang tidak pernah berhenti berbunga sejak Mak Aji beli beberapa bulan lepas. Cukup galak. Seronok rasanya bila sampai ke pagar rumah disambutnya!

bunga kertas
Pokok kemboja juga masih mengeluarkan bunga - hujung-hujung. Berbulan jugalah pokoknya berbunga, diiringi bau harum lembut. Yang Mak Aji cukup suka warnanya yang masya-Allah cukup cantik!

kemboja berwarna fuhschia, cantik sekali!
Bunga ixora juga sememangnya tidak pernah putus menyeri pagar di laman rumah.

ixora jingga

Saturday, 3 December 2011

Bunga kertas

Hujung minggu lepas Mak Aji berpeluang ke nurseri dan berikut bunga kertas (bougainvillea) yang diperoleh:

Belum pindah ke pasu lagi

Sudah sedia berbonsai, cuma kena jaga saja

Yang murah sedikit
Pak Aji tidak gemarkan bunga kertas, banyak duri katanya, susah nak jaga. Sebaliknya Mak Aji suka sebab warnanya cantik. Kalau hendakkan mudah kawal, tanam dalam pasu saja, cuma kena jaga airnya sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...