About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label rambutan. Show all posts
Showing posts with label rambutan. Show all posts

Thursday, 8 November 2012

Rezeki Musim Hujan

As-salam.

Sekarang musim hujan dan sebagai orang yang dibesarkan di Kelantan, Mak Aji teringat-ingat makanan yang sering ada di musim hujan - ubi kayu rebus dan dicicah kelapa parut dan gula, nasi panas-panas dengan ikan budu (ikan pekasam), ikan sardin, telur masin, belalang goreng, burung goreng, .....

Itulah makanan kami terutama sekali apabila sudah berlaku banjir - tiada ikan segar kecuali ikan sungai (nelayan tidak ke laut kerana ombak besar).

Tengah hari semalam Pak Aji memetik pucuk ubi dan menggali ubi kayu. Agak banyak yang diperoleh - ubi yang paling gemuk yang Mak Aji pernah lihat:

Ubi kayu yang siap dikopek dan dibersihkan. Lihatlah saiznya berbanding pisau chopper!
Bahagian untuk tuan punya untuk dibuat bingka.
Pak Aji mengerjakan ubi kayu.
Kopek jangan tak kopek!
Jenuh juga nak menghabiskan kerja ini.

Memandangkan kami bertiga sahaja di rumah, maka selebihnya dikongsi dengan sebuah keluarga mualaf berbangsa India yang agak rapat dengan keluarga kami. Keluarga mereka agak susah dengan bilangan anak yang ramai. Agaknya pagi ini mereka kenduri ubi kayulah ya! 

Mak Aji pula mencuba untuk pertama kalinya, bingka ubi kayu yang resepinya mudah sahaja. Alhamdulillah menjadi, cuma tidaklah semanis yang arwah emak Mak Aji biasa buat. 


Bingka ubi kayu.
Bingka siap untuk dimakan!
Alhamdulillah sedap!! Jom makan!

Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan, dapatlah pula dikongsi dengan orang lain.

Sebenarnya pada mulanya ubi kayu ditawarkan kepada jiran sebelah tetapi dia tidak mahu kerana katanya tiada orang yang akan masak (isteri out-station agaknya). Yang bagusnya buah rambutannya sedang masak, maka ditawarkan kepada kami buah rambutannya! Sebenarnya Mak Aji sudah mengintai buah rambutannya, sudah disebut pada Pak Aji - bilalah agaknya boleh merasa rambutan itu!! he he, rupa-rupanya rezeki dapat semalam!!

Rambutan pemberian jiran sebelah! Anak sekolah ke?? Cuma kurang lekang tetapi cukup manis! Alhamdulillah!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...