About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label tamu pagi. Show all posts
Showing posts with label tamu pagi. Show all posts

Saturday, 30 August 2014

The Last Dance

As-salam.

Mak Aji mahu kongsikan video yang dirakam beberapa bulan lalu. Tidak semena-mena Mak Aji terpandang seekor rama-rama bergerak-gerak di ruang laman Mak Aji. Sekejap berputar-putar seolah menari-nari. Walaupun Mak Aji mendekati rama-rama itu enggan terbang. Setelah ditinggalkan sebentar Mak Aji datang balik dan mendapatinya sudah mati. Rupa-rupanya itulah 'tarian'nya yang terakhir!:







Nampak Tidak Tamu Laman Ini??

As-salam.

Mak Aji mahu kongsikan suatu foto yang dirakam suatu pagi beberapa minggu yang lepas. Pada hemat Mak Aji foto ini agak menarik kerana pencahayaannya. Lihatkan:

Nampak tidak kumbang kura-kura (ladybird) pada daun terung itu?  Daun pokok terung pun boleh kelihatan cantik dari jarak dekat!



Wednesday, 13 November 2013

Tamu Pagi

As-salam.

Pagi ini Mak Aji dikunjungi tamu lagi di laman - mereka siap bercanda lagi di pagi-pagi hari!

Bercanda di dahan betik!

Masya-Allah indah ciptaan-Mu - juga di daun betik!

Wednesday, 30 October 2013

Tamu Lain Pula

As-salam.

Petang semalam bunga hoya pula yang menerima kunjungan kupu-kupu. Mari kita lihat aksinya yang begitu asyik sampai tertungging-tungging!:









Monday, 28 October 2013

Wangimu Menggamit Tamu

As-salam.

Bunga akar dani masih berbunga lebat menghiasi arbor hasil kerja tangan Pak Aji sendiri. Sambil membelek pokok di laman Mak Aji terpandang tamu pagi yang masya-Allah cukup cantik sekali. Tamu ini datang agaknya dek tertarik oleh wanginya bunga akar dani. Saksikan:

Sungguh cantik warna kuningmu!!




Friday, 8 March 2013

Kupu-kupu Cantik

As-salam.

Foto berikut diambil sejak akhir tahun lalu, asyik lupa untuk dimuat naik. Layan:

Entah apa jenisnya tamu pagi ini!



Saturday, 1 December 2012

Tamu Pagi

As-salam.

Dalam suasana pagi yang segar dan hening, kunjungan haiwan cukup menceriakan suasana pagi. Selain tupai, burung serta rama-rama dan pepatrung sering hadir di laman terutama sebelah pagi. Masing-masing keluar mencari rezeki yang dijanjikan Allah SWT untuk mereka. 

Pagi ini Mak Aji dikunjungi 'helikopter' (tuyup kata Pak Aji!) atau pepatung. Warnanya coklat kemerahan. Saksikan:

Pepatung/tuyup atau helikopter!!




Monday, 24 September 2012

Tamu Pagi

As-salam.

Seminggu lebih guru Pak Aji bertamu di rumah dan sepanjang tempoh itu jugalah Mak Aji tiada kesempatan langsung untuk meluangkan masa di laman. Alhamdulillah nasib menyebelahi sebab hujan turun juga walaupun cuaca agak panas. Jadi tiadalah pokok yang tewas out of neglect! No one to blame but yours truly! 

Petang semalam tamu berkunjung pula ke rumah seorang lagi anak muridnya di Kemensah Heights, jadi pagi ini Mak Aji baru berpeluang ke laman. 

Sambil membelek pokok di laman, dan menghampiri pokok pudina, terasa amat teruja dengan bau daun pudina - heavenly smell - Mak Aji suka sangat!! Cuma pokoknya agak sudah mengurus - sudah lama pokok tidak diletak baja.

Asyik membelek pokok pada mulanya Mak Aji terkejut apabila ternampak ekor! Ekor apakah itu, jangan jenis yang creepy crawly sudah! Rupa-rupanya ini tamu yang berkunjung, memerhati Mak Aji!:

Tamu yang memerhati Mak Aji - cool aje!

Buat terkejut orang tua pagi-pagi ya!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...