As-salam.
Semasa di Surabaya, kami sempat berkunjung ke Batu, sebuah tempat di daerah Malang, Jawa Timur. Kami berkunjung ke kebun strawberi dan kebun epal.
Kebun strawberinya agak sedikit berbeza daripada kebun di Cameron Highlands kerana di sana pokok strawberi di tanam di dalam bekas di atas tanah. Buah-buahnya bersaiz kecil berbanding di sini tetapi buahnya manis dan tidak masam! Buah epalnya pula hijau dan bersaiz kecil berbanding epal hijau masam yang sering kita lihat di sini. Buahnya juga jenis yang manis rasanya!
Setelah keluar dari kebun epal, terdapat buah-buahan yang dijual di pimtu keluar kebun terrsebut. Mak Aji terkejut apabila antara yang dijual, buah pepino.yang pernah Mak Aji ingat buah terung berbelang! Salah maklumat rupanya. Sekembali ke hotel, Mak Aji mengek buahnya dan terbukti rasanya umpama rock melon - cukup rangup dan lemak, cuma tidaklah semanis rock melon. Rasa manis- manis buah sahaja. Jadi, Mak Aji mohon banyak maaf kerana buah terung yang Mak Aji sebut tempoh hari sebenarnya kurang tepat. Yang tepatnya pepino, sejenis buah dan bukannya sayuran!
Cuba perhatikan fotonya di bawah:
![]() |
| Timbunan pepino yang dijual. |
![]() |
| Buah pepino sebelum dikopek. |
![]() |
| Kulitnya boleh dikopek nipis seperti kulit timun batang. |
![]() |
| Buah yang siap dikopek. Isi dalam seperti isi dalam cili hijau. |




