About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label sirap mulberi. Show all posts
Showing posts with label sirap mulberi. Show all posts

Thursday, 19 June 2014

Rezeki yang Berterusan

As-salam.

Selepas tuaian mulberi yang mencecah lebih setengah kg seminggu yang lalu, alhamdulillah sudah muncul lagi tunas serta buah mulberi yang baru selepas pangkasan dibuat sementara buah sedia ada sedang menunggu ranumnya. Pangkasan dibuat ketika itu agar lompang masa di antara tuaian agak singkat dan mulberi boleh dinikmati secara agak berterusan.



Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan. Seperti yang Mak Aji jangka, sambutan terhadap sirap mulberi cukup bagus sehinggakan separuh jag sirap selesai dihabiskan dalam tempoh 2,3 hari sahaja! Menunggu kutipan lebih setengah kg mulberi pun sudah semingu lebih! Kalau sudah ramai ahli keluarga begitulah keadaannya! Cukup meriah suasana di rumah Mak Aji, alhamdulillah!!



Wednesday, 11 June 2014

Rezeki Mulberi Lagi

As-salam.

Alhamdulillah rezeki mulberi kali ini paling banyak setakat ini. Tuaian sepanjang seminggu lebih menghasilkan buah sekitar 600gm! Pokok mulberi sudah beberapa hari dicantas balik oleh Pak Aji dan pucuk baru sudah mula muncul lagi! Tidak lama lagi insya-Allah akan berbuahlah lagi mulberiku walau hanya sepokok!

600 gm buah mulberi yang siap dibersihkan.
Hampir penuh satu blender!
Ini pula sirap kegemaran kami yang dapat dihasilkan:

Sirap mulberi - insya-Allah dalam tempoh sehari dua selesailah!

Sunday, 11 May 2014

Dari Buah ke Sirap

As-salam.

Buah mulberi elok tersimpan di freezer sementara menunggu tuannya lapang untuk dibuat sirap mulberi. Dua hari lepas Mak Aji berpeluang untuk berbuat demikian. Buahnya tidaklah banyak sekadar 200 gm sahaja, jadi agak sedikit sahajalag sirap yang dapat dihasilkan. Alhamdulillah pokok sekarang sedang galak berbuah, insya-Allah banyaklah nanti hasil yang akan disirap lagi!

Sekadar sebanyak ini sahaja sirap yang dihasilkan, alhamdulillah! Sedap dan cukup berkhasiat!
Buah mulberi yang baru keluar dari freezer untuk disirap.


Wednesday, 30 October 2013

Menyirap Mulberi

As-salam.

Alhamdulillah hujan yang turun saban hari membenarkan kita berehat sebentar daripada kerja menyiram, kecuali untuk pokok yang di bawah teduhan. Berkat turunnya hujan juga buah mulberi banyak yang masak ranum!:

Kecur air liur dibuatnya!
Hasil tuaian petang semalam.
Projek menyirap mulberi asyik tertangguh sahaja dan memandangkan petang semalam hasil tuaian semalam dan juga sehari sebelumnya agak-agak cukup, maka alhamdulillah menjadilah sirap mulberi seperti berikut:

Dapatlah sirap hampir separuh botol Sunquik. Jom minum!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...