About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label hempedu bumi. Show all posts
Showing posts with label hempedu bumi. Show all posts

Friday, 10 April 2015

Semoga Bermanfaat

As-salam.

Seperti yang dijanjikan, sebentar tadi seorang pelajar dari UKM bidang biologi farmasi (kalau tidak silaplah - sila betulkan jika kurang tepat) datang ke rumah untuk mendapatkan akar pokok hempedu bumi untuk kajian tentang manfaat perubatan daripada pokok herba itu. Dia terpaksa membeli sepokok hempedu bumi di nurseri dengan harga RM18 sepokok - entah berapa besarlah pokoknya, dengan harga yang sebesar itu! 
Selain itu dia telah mencari di internet dan 'terjumpa' Mak Aji lalu dia terus menghubungi Mak Aji. 

Hempedu bumi banyak di rumah Mak Aji, kebanyakannya sudah tumbuh sendiri pun. Sesiapa sahaja yang mahu boleh sahaja Mak Aji kongsi, janji mahu datang sendiri ambil di rumah.

Pokok hempedu bumi. 
Foto di atas seringkali diambil oleh pelbagai pihak. Mak Aji halalkan sahaja, silakanlah. Semoga ramailah beroleh manfaat. Mak Aji bukannya berduit banyak untuk menyumbang wang ringgit. Mak Aji anggap sebagai sedekah sahaja.

Pelajar yang Mak Aji sebut itu, Najah namanya hanya menyinggah sebentar sahaja. Selesai sahaja Mak Aji memberi beberapa pokok hempedu bumi, dia mohon balik kerana pokok tersebut perlu dibawa terus ke makmal. Sebelum itu sempat juga Najah membawa ole-ole berikut:

Love letters.
Terima kasih Najah kerana bersusah membawa ole-ole untuk Mak Aji! Kalau perlu lagi, datanglah lagi ya!


Thursday, 17 July 2014

Bunga-bungaan Penghibur Hati

As-salam.

Dalam ketiadaan Pak Aji (yang berpuasa dan beraya dengan anak bongsu di Yaman) ini sunyilah pula rumah ini walaupun ada si kecil Mikhail yang mampu menceriakan suasana dengan gelak tawa serta tangisnya. Apapun Mak Aji ada bunga-bungaan untuk menghibur hati!:

Bunga kemunting!
Bunga kemboja kuning.
Bunga akar dani.
Bunga kertas.
Bunga melati.
Pokok bunga telang.
Bunga fireball lily.
Bunga ati-ati,
Bunga anthurium.
Bunga hempedu bumi.
Bunga gincu.
Bunga kucai.
Bunga telang.
Kudup bunga raya kuning.
Bunga raya kuning.
Bunga muraya/kemuning.





Wednesday, 25 September 2013

Tidak Sabar untuk Kuulam!

As-salam.

Ulam raja serta daun salam (tanam semula) yang ditanam tempoh hari sudah agak besar dan tidak sabar rasanya untuk mengutip kedua-duanya untuk dijadikan ulam:

Ulam raja yang benihnya pemberian kawan.
Daun salam.
 Berikut pula anak-anak pokok hempedu bumi yang tumbuh merata-rata dan dihimpunkan di dalam pasu ini.

Terlalu banyak anak pokok ini sehingga terpaksa dibuang-buang sebahagian besarnya.
Ini pula anak pokok cili yang insya-Allah nanti akan membuahkan cili seperti di foto bawah. 
Cili api yang ketika mudanya putih, bukan hijau seperti cili yang kita biasa beli tu. Benihnya dibawa balik dari kampung.

Baru sebentar tadi kawan anak Mak Aji datang untuk meminta cili api. Anak Mak Aji siap hadiahkan pula buah betik yang hampir masak. Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki-Mu!





Tuesday, 21 August 2012

Hempedu Bumi Menunggu Tuan

As-salam.

Beberapa bulan lepas, seorang pengunjung blog Mak Aji ini, Intan Nor, bertanya tentang anak benih hempedu bumi dan menyatakan kesukaran mendapatkannya. Jadi, Mak Aji sudah mengalihkan anak benihnya ke pasu kecil untuk diambil pada bila-bila masa Intan Nor dapat datang sendiri ke rumah Mak Aji untuk mengambilnya. Ini dia pokoknya untuk Intan Nor:

Anak pokok hempedu bumi menunggu tuannya!!
Intan Nor, anak pokok menunggu anda, jangan lupa menelefon sebelum datang ya!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...