About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday, 1 June 2013

Hydrangeasku

As-salam.

Selain bendi berbuah sulung cukup seronok Mak Aji pada pagi ini apabila melihat satu-satunya pokok bunga hydrangeas mula berbunga - semacam putus asa sudah Mak Aji menunggunya berbunga. Alhamdulillah berbunga juga dia akhirnya walau daunnya berpenyakit - ada tompokan berwarna coklat pada daun-daunnya! 

Entah apa warna sebenarnya - ungu kebiruan??
Tompokan berwarna coklat pada daun-daunnya.
Walau sakit tetap berbunga!
Kawan-kawan pernah mengalami pokok yang sakit begini?? Boleh bantu??

Foto hydrangeas terkini (10 Jun 2013).

22 comments:

  1. salam makji
    kalau cuba buang yg daun2 sakit tuh tak membantu ker..mungkin ade serangan kot yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Memang itupun saja yang Mak Aji dok buat, tapi daun-daun lain pula yang kena lagi. Tak naklah guna racun pulak.

      Delete
  2. Salam mak aji.. x silap saya antara penyebab daun jd begini mungkin kerana siraman kita dari atas...jadi daunnya lembab. lebih elok disiram di pangkal dan alihkannya ke kawasan yang kurang lembab untuk baiki pengudaraan. kalau buang dulu daun yang x sihat mungkin lebih baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Wanie,

      Memang Mak Aji siram dari atas pun dan ditempatkan di bawah redup pergola kononnya supaya lebih segar. Terima kasih banyak2 Wanie, Mak Aji akan cuba buat yang disarankan! Daun memang Mak Aji buang tapi cuma buang yg banyak2 tompok saja.

      Delete
  3. Assalam Mak Aji... wah dah berbunga hydrangea ya...arwah MIL dulu besar pokok dia...ada yg berkenan bila ziarah dia meninggal dulu... saya pun ada tanam tapi bunga jadi pink... pokok saya dulu main redah je tanam... serupa tu la tak lama abis lah dia... moga2 Pokok Mak Aji survive.. google la cara penjagaannya..
    ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Mak Aji memang suka bunga ni sbb bergugus2 dan warnanya yang cantik. Kalau tengok dlm foto memang pokok ni boleh jadi besar. Geram tengok bunganya macam2 warna! Boleh berubah2 ke warnanya? Namanya pokok 3 bulan kan, agaknya sebab hayat x lama kut? Harap2 survivelah lama sikit. Ok, nak terjumpa cara jaga, cuma belum teliti lagi. Thanks Mar.

      Delete
    2. Salam Mak Aji.. Rasanya nama dia bunga tiga bulan sebab dalam tempoh tiga bulan warnanya bertukar-tukar... Kalau mak Nurul punya dari biru jadi pink jadi hijau sebelum bunganya gugur..

      Delete
  4. Wah! Good work! i dah buang my hydrangea sebab tak mao berbunga aft 3 years..hehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Olive,

      Sebenarnya i xde buat apa-apapun setakat boh baja macam biasa. Itu agaknya lambat berbunga. Walau bagaimanapun syukur jugalah mahu juga dia berbunga, at long last, he he! After 3 years x berbunga jugak? Lama tu, mine ni after almost 1 year kut, lupa pulak.

      Delete
  5. Ya lah Mak Aji, nampak macam fungus. Betul la tu bila siram jangan beri kena daun, siram tanah aje. Lepas tu try la bagi mulivitamin lama yang dah expired ke pokok tu, hari tu saya beri pokok saya fish oil yang dah expired, suka depa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Doc,

      Rupanya fungus ya, sepesen ngan roslah kalau gitu, kalah dek fungus. Multivitamin, he he, macam kita pulak mereka ni ya! Nak kena belek, kut2lah ada baki yg x terhabis!

      Delete
  6. As-salam mak aji,
    comel je bunga yg kluar tu kecik. wrna ungu lembut. betul kata wanie, mungkin daun terkena air. cuba buang semua daun yg ada tompok, biar tinggal yg tompok atas tu je. tak apa, tak mati punya. mungkin cara tu blh buat dia lebih fokus utk buat kembangkn bunga.
    daun dia pun nmpk pucat je.. try letak tempat yg teduh, tpi dpt cahaya pagi shja. jgn lupa letak baja organik utk bunga kebiruaan. semoga sdkit sbyk dpt membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dya,

      Alhamdulillah, terima kasih banyak Dya atas nasihat. Nampak gaya kena pindahkan pasunya ke tempat yang dapat matahari pagi tapi xleh kena direct matahari. Mak Aji boh baja tahi ayam sekali-sekala. Ok, akan dibuang daun2 yg tompok2 tu (memang ya, bimbang mati!).

      Delete
  7. salam mak aji, saya ada jgk bunga ni tapi yg tak ori mak aji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Yang tak ori? Oh, bunga immitation ya. Memang cantik juga kan, x perlu siram, he he!

      Delete
  8. Baru kakak tahu nama pokok bunga ini.
    Kalau Mak Aji lama menanti ianya berbunga kalau kakak yg tanam lagilah agaknya terus tak berbunga.
    Cantiklah bunga dia...
    Tentang daun sakit tu maaflah kakak pun tak pandailah Mak Aji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Itu baru sikit keluar bunganya. Harap2 biarlah berjambak seperti pokok lain. Kena tunggu dan lihatlah dulu nampaknya! Alhamdulillah banyak saranan yg Mak Aji terima, dah dibuang daunnya, cuma nak mengalihnya tu yang belum, kena tunggu hero2 angkat pasu.

      Delete
  9. Salam Mak Aji,

    Saya pun ada sepokok yang berbunga di 3 cabang beli dari nursery
    tak sampai sebulan lagi.Punya la sayangggg dan manja2kan,dah tu
    mbak nursery pun panggil bunga ni bunga siti zaleha.ada yang
    panggil bunga siti zubaidah.Dipanggil juga bunga 3 bulan @ 3 musim
    tu sebab bunganya berbunga lama di pokok sebelum layu.
    saya google lah macam2 info dicari sebab sayang & takut kalau
    salah jaga nanti dijemput Ilahi pulak cik siti saya...iskisk.
    antara info yang saya dapat,ada jenis cik siti yang tak tahan
    panas,especially yang daun besar lebar(macam saya punya).
    kalau daun kecik2 boleh aje,cuma banyak info yang advisekan supaya
    elak full sunlight.so rasanya dah cukup bagus kalau letak kat tempat
    yang boleh kena matahari pagi 3~4 jam.saya buat mcm tu & setakat
    ni pokok saya segar dan gembira :)
    sama juga macam advise senior2 gardener yang lain,saya tak siram dari
    atas sebab memang ada tanda daunnya tak suka kena air,jadi saya siram
    dipangkal(kena selak2 daunnya masa siram sebab daun lebat sangat).

    harap pokok cik siti mak aji akan kekal subur dan membesar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NarsHIFA,

      Baru tahu banyak nama rupa2nya pokok ni ya! Ada dua jenis ya? Tak tahulah selebar mana yg lebar tu ya. Nak kena belek pula. Mak Aji punya ni macam meninggi aje sebab sayang nak trim. Sekarang bila berbunga lagilah sayang nak trim agar merendang. Insya-Allah itu jugalah harapan Mak Aji! :) :)!

      Delete
  10. Assalaam mak aji.. bagi saya senang je bela hydrangea ni.. yg susah cuma nak tunggu bila dia mula berbunga. tapi sekali dah berbunga memang best lah. bunga nya tahan sangat lama lebih kurang 8 bulan. dalam tempuh tu sering bertukar2 warna, dan jambak2 baru pn banyak keluar.

    ReplyDelete
  11. Assalaam mak aji.. bagi saya senang je bela hydrangea ni.. yg susah cuma nak tunggu bila dia mula berbunga. tapi sekali dah berbunga memang best lah. bunga nya tahan sangat lama lebih kurang 8 bulan. dalam tempuh tu sering bertukar2 warna, dan jambak2 baru pn banyak keluar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...