About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 17 June 2013

Ada Benih di Balik Daun

As-salam.

Pokok kacang botor di belakang rumah sudah berhenti berbuah. Daunnya cukup merimbun dan menghijau namun sebiji kacang botor pun tidak kelihatan! Nasib baik Mak Aji tidak mengidam untuk makan kacang botor tanam sendiri! 

Apabila Diana dari Kebun Bahagia Bersama sekeluarga berkunjung ke rumah dua hari lepas, Mak Aji mengambil peluang bertanyakan hal itu kepadanya. Nasihatnya - cuba lihat kalau-kalau ada buah kacang botor yang tua tersekit-selit di celah daun, itu boleh menyebabkan pokoknya tidak mahu berbuah!! Kisahnya! 

Semalam Pak Aji sibuk membelek di bawah para kacang botor dan ini yang diperolehnya:

Ini dia benih kacang botor yang tersorok di balik daun!
Semoga dengan ketiadaan kacang botor tua ini pokok kacang botor akan rajin berbuah selepas ini, insya-Allah!! Thanks Diana, you're a life-saver!


6 comments:

  1. Oh.... kakak pun baru tahu kalau ada kacang tua dia berhenti berbuah ye. Tapi yg pasti kacang botor susah mati dan tahan lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Itu yang bagus berkawan dengan org2 yg pandai bertanam ni, banyak ilmu baru kita peroleh, kalau tak tu, dok tunggu ajelah, dah macam buntu x tahu apa nak buat!

      Delete
  2. Salam makji..
    begitu ker alkisahnya..kena cabut buang semua kacang botor yg tua2 yer baru berbuah balik..kalo gitu bnyknyer yg nak kena cabutkat umah nie..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Itulah dia nasihat Diana. Semoga menjadilah selepas ni!

      Delete
  3. Salam Kak!
    Oooooo itu ke petuanya? saya tak pernah dengarpun...kena ingat ni mana tahu in future dapat tanam sendiri....I love kacang botor...dulu masa kecik2 mak ada tanam belakang umah...masa tu tak pandai makan lagi...selalu petik buat main masak2 jer...hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Da,

      Begitulah nasihat kawan blogger dalam kalangan kami ni yang banyak pengalaman bertanam. Dia juga membekalkan pelbagai jenis benih sayur, bunga serta buah-buahan! Benih ada je kat sini kalau Da minat nak tanam kacang botor lagi!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...