About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 12 June 2013

Berapa Bilah Jarumnya??

As-salam.

Ummuaidan dari Aku di Fiji Islands ada bertanyakan tentang asal-usul nama pokok jarum tujuh bilah dan Mak Aji mengagak namanya diperoleh daripada bilangan duri/jarum pada batangnya. Untuk mengesahkan sendiri hal itu, Mak Aji belek kedua-dua pokok itu dan terbukti ada sedikit kelainan antara versi yang berbunga pink/ungu dan versi berbunga oren. Saksikan:

Yang berbunga pink/ungu.
Jarum/ bilahnya cuma tiga!! Hai, kena tukar nama ni ke pokok jarum tiga bilah aje!!
Yang berbunga oren.
Yang ini memang tujuh (ada yang lapan??) bilah duri/jarumnya.

Amacam, Ummuaidan, terjawab sudah?? 


8 comments:

  1. salam mak aji,

    daunnya lebih kurang sama, penah makan tak daun yg bunga ungu tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Mak Aji belum pernah makan lagi daunnya, baik yg oren mahupun yg pink/ungu tu. Yg ungu lagilah, entah berapa helai aje daunnya tapi yg oren tu memang subur pokoknya. Rose dah pernah makan ke??

      Delete
  2. assalammualaikum Mak Aji,
    eee ngeri tengok duri2 bunga ni, saya ada tanam yg.warna oren. setiap kali terkena duri bunga ni, mesti saya terpaksa ke hospital, walau calar sedikit pun dibahagian jari masa membersihkan pokoknya, sampai bengkak bernanah jari saya. Dah tak berani tanam pokok ni. Tapi bunganya sangat cantik macam bunga plastik kan. Yg.warna pink gambar atas sekali belum pernah tengok.Mesti lebih cantik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Puteri,

      Oh ya ke, sampai gitu sekali ya. Mak Aji pernah kena durinya tapi cuma sakit sikit je, takde apa2. Pak Aji yg takut sikit time cucu balik ke mari, takut terkena mereka tu. Setakat ni alhamdulillah belumlah. Kalau yg oren kembang dua tiga kuntum di pucuknya, yg pink/ungu tu kembang satu atau dua serentak dalam segugus dalam bilangan yg lebih banyak. Saiznya kecil sedikit dan warnanya lebih lembut, manis berbanding oren yg terang benderang dan sedikit garang!

      Delete
  3. Beautiful flowers. Many thanks for sharing.
    Mary

    ReplyDelete
  4. Salam makji..
    walaupun bilangan bilahnya tidak konsisten tujuh bilah..tp kurang2 kita tahulah kan ade bilah yg mengambil sempena namanya..
    thanks yer makji..susah2...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Itulah kisahnya. Takdenya susah, pun eye-opener untuk Mak Aji juga. Kita ni kadang take for granted banyak perkara. Dok ingat memang semuanya tujuh bilah rupa2nya ada juga versi yg kurang bilahnya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...