About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 10 June 2013

Nasib Cili Ungu

As-salam.

Pokok cili ungu menerima nasib yang kurang baik - pokoknya berbunga sudah banyak kali tetapi setakat ini masih belum mengeluarkan buah walau sebiji! Lihatlah apa yang terjadi kepadanya:

Semut hitam besar menjadikannya tempat bertelur! Kelihatan juga seumpama hama putih, benakah itu??

Setakat ini Mak Aji belumlah dibuat apa-apa sekadar memerhati sahaja. 


20 comments:

  1. org kata siram dgn air basuhan beras..ya ka..??ulat,serangga tak mendekati pokok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Oh ya ke, ingatkan air basuhan beras sebagai baja tapi untuk ulat dan serangga juga ya! Boleh cuba tu, tq Kam!

      Delete
  2. salam makji..
    siannya cili ungu nie..kalau makaji sembur ngan racun ker takleh ker? sayanglah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Racun ada tapi belum lagilah sembur sebab takut pula nak makan bila menjadi cilinya. Katanya kalau sembur dalam seminggu clearlah racunnya ya??

      Delete
  3. salam mak aji,

    menurut pengalaman sy yg cetek ni haruslah disembur racun ni, pokok cili sy pun pernah kena serangan bena camtu, lepas disembur dan kasi trim sikit, tumbuhlah dahan-dahan baru dgn buah yg lebih byk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Kalau gitu nak kena sembur jugalah ya lepas tu trim. Terima kasih Rose!

      Delete
  4. Salam Ummu;
    Kalau ada semut hitam ada lah bena...chili solok saya pun jadi gitu; so petang tadi saya angkut bawak semua letak kat batang pokok jambu yang ada banyak kerengga....he he he tau ler si kerengga kerjakan semut hitam dan bena itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Doc,

      he he untung juga ada kerengga ya! Semacam bela burung hantu untuk mengawal tikus! Sayang pulak tiada kerengga kat sini.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. dengar org ckp siram dgn air basuhan ikan... tapi tak ke lagi byk semut datang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam BUNDA,

      Pernah dengar air basuhan ikan tapi sebagai baja. Dengar kata juga kalau nak siram air basuhan ikan kena tapis dulu baru takde semut. Mak Aji pernah cuba dengan tujuan baja, tak ditapis tapi takdelah pula semutnya. Wallahualam!

      Delete
  7. Assalam Mak Aji... saya tanam cili belum menjadi... bela yg FIL tanam... bila buh baja adala buahnya... lepas tu mula kering.... trim la jawabnya... nampak ok pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Setakat ni cili padi biasa tu xde masalah, cuma cili ungu ni lain macam sikit. Berbunga tapi x lekat buahnya. Anyway pagi ni dah siram air basuhan beras, pastu sembur sikit racun serangga, harap2 oklah selepas ini. Nak trim sekarang pun sayang pulak sebab tengah berbunga. Lepas ni nak kena trimlah sebab meninggi aje, silap sikit mahu rebah.

      Delete
  8. As salam mak aji,
    Ni baru saya boleh jenguk kat sini. Semut tu sebenarnya ada hubungan simbiosis dengan afid. Afid atau aphid menghisap cecair daripada bahagian pucuk dan ia akan mengeluarkan madu melalui badannya. Semut akan menghisap/memakan madu yang dikeluarkan oleh afid dan secara tak rasminya mereka menjaga penjaga kepada afid tersebut.

    Untuk mengawal serangan serangga kecil seperti afid, bena dan kumbang kecil saya lebih suka cadangkan mak aji guna semburan organik. Untuk pokok cili dan semua sayuran yang saya tanam, semburan organik digunakan. Semburan organik lebih selamat krn ianya dibuat mengguna sabun cecair dan minyak.

    Kalau mak aji minat nak guna semburan organik, nanti saya berikan nisbah campuran yang berkesan. Semburan tersebut mampu membunuh serangga sebesar semut spt dalam gambar ni. InsyaAllah ianya selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Adry,

      Begitu kisahnya ya! Semburan organik ni boleh juga digunakan untuk selesaikan masalah fungus?? Mak Aji berminat nak tahu nisbahnya, mohon maklumkan ya! Terima kasih banyak2!

      Delete
    2. Semburan organik lebih berkesan untuk serangga. Mak aji gunakan bekas mikro sprayer yg bersaiz 500ml. Bubuh air sehingga hampir 500 ml. Buh minyak masak setengah sudu kecil atau lbh. Tak blh terlalu byk, nanti pokok pula yg kelemasan. Lps campurkan cacair pencuci pinggan sebanyak satu sudu teh(saya guna jenama 'Cahayamatahari'-dah translate ni). Goncang campuran tersebut supaya sebati dan blh buat semburan tepat ke arah/tempat serangga.

      Delete
    3. Wahh kebetulan mmg nk berperang dgn bena pth & smt di pokok zinnia saya!terima kasih atas ilmu yg dikongsi :')

      Delete
    4. Salam Adry,

      Terima kasih banyak2 atas perkongsiaan maklumat ini! Ramai yang akan memanfaatkannya termasuklah Mak Aji sendiri tentunya!!

      Delete
    5. Salam En Adry & Mak Aji,

      Saya dah cuba mengikut sukatan yang dikongsi En Adry.
      Dengan gembiranya saya pegi "fire" bena & semut hitam tu,
      sampai celah-celah daunnya sekali saya belek & fire.
      Alhamdulillah berkesan dan makhluk-makhluk tu tak muncul
      2 ~ 3 hari.Saya gembira sangat kot tengok Zinnia menghijau balik
      sampai malas nak sembur,bena dan semut datang semula.
      Tapi takpe,menda-menda camni memang kena cegah dari rawat.
      So rasanya setiap 2 hari sekali sembur pagi & petang
      dah cukup kot untuk halang makhluk-makhluk ni.Saya akan teruskan
      ikhtiar.cuma nak kongsi yang cara ni memang berkesan kalau
      istiqamah :D

      Delete
    6. Salam NarsHIFA,

      Mak Aji baru beli botol spraynya dan esok insya-Allah akan dicuba! Alhamdulillah terbukti menjadi ya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...