About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday 20 April 2013

Mulberiku

As-salam.

Setelah operasi pangkas-memangkas tempoh hari agar pokok mulberi merendang dan tidak menegak terlalu tinggi dan lebih mudah memetik buahnya, maka inilah hasilnya:

Begitu banyak tunas baru dan buahnya juga!
Cantik pucuk barunya.
Insya-Allah banyaklah nanti buahnya. Mahu juga dicuba buat jem kalau cukup banyak nanti!


20 comments:

  1. assalam Mak Aji.. cantik naik daun mulberi tu... mulberi saya dah terbiar.. sebab tak cukup tempat.. dalam pasu macam dia stress je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Alhamdulillah elok segar. Mungkin nak kena tanam kat tanah tak Mar?

      Delete
  2. waah cantik segar pokoknya.. saya punya nak kena alih ke tanah jugak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam atie,

      Alhamdulillah begitulah. Untuk pengetahuan semasa mula2 tanam kat tanah dulu macam x berapa segar, hidup segan mati tak mahu tapi alhamdulillah kebelakangan ini memang segar.

      Delete
  3. salam mak aji. suburnye mulberry tu..pokok saya dok tgh berbuah lps trim ari tu...tunggu ranum, baru nmpk kemerah2an...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Mak Aji juga suka menunggu ranumnya. Seronok juga sebab perlu sentiasa jenguk, kalau x jadi rezeki burung, siapa cepat dia dapat!

      Delete
  4. Tak sabar nak lihat jem Mak Aji. (y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kebun bandar,

      Mak Aji pun berharap banyaklah nanti yang dapat dituai agar boleh dijemkan, insya-Allah!

      Delete
  5. Salam makji...
    makin subur dan berkembang besar yer bila dah dicantas tuh...tak lama lagi nie leh lah merasa hasil lak kan..inshaallah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Memang saya nak cantas apalagi bila Pak Aji kata x payah nak semai anaknya, sbb dah ada 2 pokok kat laman (satunya yg memang sedia ada semasa kami pindah ke sini). Tapi bila dah cantas memang semakin galak pula dia! Insya-Allah.

      Delete
  6. best kan tanam mulberry, cantas ja then bear u mulberries again! nak tanam lebih lar, but always tak jadi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Olive,

      Betul tu. Agaknya kalau tanam beberapa pokok baru ya sbb banyak hasilnya nanti, baru betul2 berbaloi, boleh bikin jem!

      Delete
  7. Puas makan ni kena panggil cucu datang rumah Mak Aji. Diana punya apa khabar lah setelah ditinggalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Itulah dia, nak timingkan buah masak dgn mrk datang sini. x pun kena jemkan, bila2 masa boleh makan! Sg. Buloh hujan je, tp kalau panas memang terik jugak. Insya-Allah selamatlah tu!

      Delete
  8. Jgn lupa bila harvest Makji buat N3 dan inform kakak juga mana tahu terlepas. Kakak nak lihat buahnya sebelum dibuat jem atau dimakan..

    Tengok daun yg hijau lebar pun kakak dapat tahu memang subur pokoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Insya-Allah nanti ditayang bila masak (kalau x disambar burung dulu) atau bila dijemkan! Alhamdulillah subur tanpa byk penjagaan.

      Delete
  9. Salam mak aji...elok pokok nya...banyak plk tu putik Buah muncul...sy punya baru je bertunas....ini berapa lama masa kena tunggu nak jd besar gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Mak Aji tanam dah setahun lebih kut, semasa baru pindah ke rumah sekarang. Sebenarnya kalau dibiarkan x pangkas dah meninggi lagi. Pun ada satu lagi kat sudut laman yg tumbuh sendiri yg susah sikit nak pangkas, pun jauh sangat, malas nak gi sebab nyamuk banyak. Yg tu susah nak dapat buah sbb tinggi sangat. Rezeki burung ajelah.

      Delete
  10. tak sabar nak tengok Mulberi yg Lynn tanam merimbun di Janda Baik.. br tanam semlm. Yg kat Subang dah start berbuah, tp pokoknya kecik sgt lagi.

    ReplyDelete
  11. Salam Lynn,

    Kalau kat Janda Baik tentu subur, kan sebab cuaca agak nyaman. Mak Aji punya pokok xlah kecik tapi kali ni nampak saiz buahnya agak cenonet je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...