About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 1 April 2013

Semangat Ros

As-salam.

Semalam untuk pertama kalinya Mak Aji beli tiga pokok ros, yang merah menyala, yang merah jambu dan yang peach. Ada yang saiznya besar dan ada yang sederhana sahaja. Pun dibeli baja khusus untuknya. Diminta juga panduan daripada tukang jual tentang cara penjagaannya, al-maklumlah 'orang baru' dalam hal-ehwal ini! Ini pokok-pokoknya semalam:

Kudup warna peach.
Kudup merah jambu yang bakal kembang.
Red, nice and juicy!!
Another take!
Ini pokoknya, tidak sebesar mana.

 Ini pula pokok yang sama pada pagi ini:

Kuntum lain pula.
Sudah kembang sedikit, cantik manis warnanya, kan!!
Ini yang dari nurseri - bila yang merah jambu lkembang nanti akan jadi macam ini, insya-Allah!

Macam tidak percaya pula Mak Aji bela pokok ros sebab takut tidak serasi - jangan sekali berbunga terus diam membisu tidak kembang-kembang lagi! Harap-harap janganlah begitu hendaknya.






13 comments:

  1. salam mak aji. wah merah menyala ros tu. cantik. yanng peach tu kuntum besar kan. insyaallah berkat jagaan yang baik, ros boleh tahan lama. setiap kali habis berbunga, potong bunga supaya tunas baru boleh keluar dan siram 2 kali setiap hari kalau hari panas.cuma tak tahan bila tengok ros kena serangan serangga jer.geram betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hijaudaun,

      Dek jeles tengokkan awk punya roslah Mak Aji cuba beranikan diri ni! Oh kena siram 2 kali ya. Hr ni belum siram sbb malam tadi hujan. Nanti petang nilah tapi petang biasanya hujan x payahlah ya?? Mak Aji beli sekali racun yg katanya kena sembur 10 hari sekali d baja pula 1 minggu sekali. Nak kena buat jaduallah pulak.

      Delete
  2. buat mak aji jadual demi cik ros...comel2 semuanya wangi2 tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Itu yg dalam kepala ni, gara2 nyanyuk, takut lupa. xkan nak letak kalendar kat porch pulak, kan?? Ada yg wangi, ada yg x.

      Delete
  3. These roses are very beautiful! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Dewberry,

      Yes they are. It's my very first attempt to take care of roses. They are fresh from the nursery. Just bought them yesterday.

      Delete
  4. assalam Mak Aji.. ceria-ceria sungguh ros ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Mak Aji selama ni dok jeles tengok orang punya, jadi beranikan diri untuk cuba bela juga, mana tau menjadi?!

      Delete
  5. Mak Aji; sedikit petua yang saya dapat:

    Bila siram, jangan siram kena daun, nanti mudah kuning dan berkulat.
    Dia suka direct sunlight, minimum 6 jam.
    Dia suka air, tetapi tanas mesti jenis tak lekat air.
    Dia suka kalsium, jadi kisar kulit telur yg dah dicuci dan letak dalam media tanaman. Kulit udang pun dia suka.
    Dia suka zat besi, so kalau jumpa besi berkarat boleh campak masuk dalam pasu. Tak payah la beli vitamin Ferrous
    Dia suga magnesium...so sekali sekala beri la Epsom salt
    Dia suka kopi he he
    Teh pun dia suka
    Dia suka jus sampah dan jus yang hari tu saya tak dapat dari suami he he

    yg paling penting, dia nak sinar matahari direct..

    walaupun dia suka banyak benda...gilir2 la...
    Alhadullilah menjadi, so far saya tak guna Baja beli dan racun lagi...tetapi saya tinggal roses saya dalam jagaan suami 9 hari...harap2 depa survived bila kelik nanti.

    ReplyDelete
  6. satu lagi, dia suka potassium dan bubuh kulit pisang dalam media tanaman...boleh menghidarkan aphids...sebab tu sekarang saya rajin buat cucur udang dan cucur pisang...sebab roses nak kulit,,,isi kita makan

    ReplyDelete
  7. Salam Doc,

    Terima kasih banyak2 atas begitu banyak petua yang terbukti berkesan! Appreciate much!! Macam kita pulak dia antara lain suka teh dan kopi, he he! Insya-Allah roses Doc selamatlah tu walau kena tinggal, pandailah hubby Doc layan. Yang nak kulit tu bagus, kita boleh makan isi, sama2 merasa!

    ReplyDelete
  8. itu le macam Dr H cakap ak aji..saya tanam atas tanah bawah lagi..bunga tak pernah putus kat depan rumah...mencaduk kepala jiran tengok

    ReplyDelete
  9. Salam Hizayri,

    Niat tu ada nak tanam kat bawah tapi big bos x kasi takut cucunya tercucuk duri kalau lari2 nanti. Kalau kat pasu boleh control sikit kut?? Wah jelesnya bila ros x henti berbunga! Kalau omputih kat dinding rumah mrk ros ditanam dan disandar kat trellis seakan memanjat dinding, best kan! Takat ni ros ni belumlah lagi mencaduk kepala jiran nengoknya! Kalau berjaya mendapat kelulusan tanam kat tanah, mungkinlah! Banyak ke Hizayri tanam ros??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...