As-salam.
Lewat pagi tadi Mak Aji serta beberapa kawan hadir kelas pengajian di TTDI Jaya, Shah Alam. Elok sahaja keluar dari kereta terpandang oleh Mak Aji akan pokok bunga ini. Cantik bunganya yang putih bersih! Terlupalah pula untuk menciumnya untuk mengetahui sama ada wangi atau tidak! Cuba lihatkan:
|
Semacam melur pun ada, putih bersih warnanya. Apakah namamu wahai bunga yang cantik?? |
|
Perhatikan kudupnya serta bentuk daunnya. Belum dapat Mak Aji kenal pasti namanya. |
|
Ini pula pokoknya - kurang terang sebab semak sedikit. |
Ada sesiapa yang tahu nama bunga ini agar dapat kita sama-sama beroleh pencerahan??
putih bersih. saya tak tahu tapi nak tahu juga nama pokoknya
ReplyDeleteSalam Awin,
DeleteSetakat ni belum ada jawapannya lagi pasal namanya tu.
laa..tak tau pokok tu berbunga...dulu bkn main lagi mebesar,sampai pecah pasu dibuatnya...pokok tu cantik dibaut bonsi..
ReplyDeleteSalam Kam,
DeleteBila Kam sebut bonsai tu baru perasan, itu yg rasa macam pernah lihat aje daunnya tu, mungkin sebab saiznya memang besar. Biasanya kita tengok dalam pasu je.
assalammualaikum mak Aji.
ReplyDeletepokok ni yg.selalu nampak org.cina ikat reben merah dibahagian batang nya kalau daunnya dah cukup 7 helai tu kan. Tak sangka rupanya ia berbunga putih.Wangi ke bunga nya Mak Aji.
Waalaikumussalam Puteri,
DeleteYa betullah, yg org Cina suka tu, pasti bawa ong ikut kata mereka! Mak Aji pun tak sangka pokok yang sama sebab pokok ni besar, mungkin sebab tanam kat tanah. Tak pula cium, jadi tak tahu wangi ke tidak,
Bunda rasa pernah tengok ..tapi tak tau pulak namanya..
ReplyDeleteSalam BUNDA,
DeleteNampak gayanya namanya masih kekal misteri, belum ada yang boleh kenal pasti namanya.
kakak pada melor kut mak aji...nampak besar sikit dr melor..:D
ReplyDeleteSalam Nadia,
DeleteTengokkan bunganya macam melur tapi daunnya jenis yang keras rapuh, mengandungi banyak air (semacam daun pokok succulent).
salam mak aji...tak taula nama bunga ni. tapi biasa bunga putih berbau harum kan.cam bunga melur dll.
ReplyDeletecantiknya!
Salam Ju,
DeleteTerlupa pula nak mencium bunganya, jadi tak pasti harum tidaknya.
di rumah sy pun ada pokok ni..asal tanam dlm pasu x mahu membesar..pindahkan ke tanah bawah membesar dgn jayanye.. dan berbunge... bunge nye berbau wangi spt melur.. dan menurut atok suami sy yg dtg berkunjung pd hr raya yg lepas.. dia kate ni pokok melur jawa... betul ke tidak x pasti.. rase2nye betul la kot.. adik beradik melur.. :)
ReplyDeleteSalam Zed Rina,
DeleteAlhamdulillah akhirnya terungkai sudah misteri nama pokok ini, melur jawa! Terima kasih atas pencerahan ini! Wangi ya, terjawablah soalan wangi tidaknya. :)