About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label anthurium. Show all posts
Showing posts with label anthurium. Show all posts

Sunday, 11 May 2014

Yang Kembang di Laman

As-salam.

Selamat berhujung minggu semua! Dalam sehari dua ini kerja berkebun hanya boleh dilaksanakan pada waktu pagi sahaja sebab waktu petang biasanya hujan turun, biasanya dengan lebatnya. Pagi tadi sambil mengemas laman sempat Mak Aji rakamkan foto bunga-bunga yang sedang kembang menghiasi laman Mak Aji yang tidak sepertinya:

Segugus hydrangeas.
Segugus lagi! Sukanya hati melihatkan kembangnya!
Bunga apa entah, kecil sahaja bunganya. Ungu bunga dan daunnya sekali.
Anthurium merah menyala.
Kaktus baldu kembang setangkai.
Masya-Allah cantiknya formasi kelopak bunga alamanda ini!
Bunga trumpet dibasahi embun pagi.
Mexican petunia.
Bunga kemuning/murraya yang wangi.
Bunga hoya yang menawan hati. 
Bukan sahaja ada bunga di laman, di dalam hati juga ada taman yang berbunga-bunga, he he!



Wednesday, 29 January 2014

Pagi yang Dingin dan Nyaman


As-salam.

Sekitar jam 8.30 Mak Aji keluar ke laman untuk menyiram pokok. Sebelum keluar rumah pun terasa cuaca cukup nyaman dengan suhu 24 darjah Selsius pada waktu itu. Terasa seperti berada di negara empat musim di kala musim luruh (tanpa angin sejuknyalah). Kalaulah hari-hari begini bukankah bagus ya! Menyiram pokok serta berkebun tanpa perlu berpanas! Ketika ini suhu sudah mendaki ke angka 29 darjah Selsius, masih agak tidak panas.

Dalam cuaca nyaman ini sempatlah Mak Aji berkebun dengan selesa tanpa banyak berpeluh sampai lencun basahnya. Banyak kerja tertangguh dek kesibukan mengurus cucu sepenuh masa. Ketika anak dara Mak Aji sedang bercuti beberapa hari ini sempatlah Mak Aji keluar ke laman. Layanlah beberapa foto sekitar laman pada pagi ini:

Nampak tidak bahagian yang terkeluar itu - masih belum sempat lagi Mak Aji menggunakannya
sebagai sebahagian ramuan salad!
Yang ini pula besar saiznya.
Penuh bunga tanpa daun!
Kemboja sedang kembang.
Akar dani kembang mewangi.

Seronok melihat kemboja Jepun berbunga selepas sekian lama.
Anthurium pun tengah galak berbunga.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...